Legenda Perancis Rimas Ronaldo Anggap Liga Saudi Lebih Bagus Daripada Ligue 1

Frank Leboeuf telah membidas Cristiano Ronaldo yang suka membandingkan Liga Saudi dengan Ligue 1.

Menurut legenda Perancis itu, Abang Do seperti ada agenda dengan Ligue 1 sebab Messi pernah bermain di Ligue 1 sebelum ini bersama dengan PSG.

Sebelum ini Ronaldo yakin bahawa Liga Saudi lebih baik daripada beberapa liga eropah yang besar seperti Ligue 1.

Dalam wawancara dengan wartawan beberapa bulan lalu, di Globe Soccer Awards, Ronaldo berkata: “Saya tak rasa liga Saudi ini di belakang Ligue 1.

“Sejujurnya saya fikir Liga Saudi lebih bagus daripada liga Perancis, pada pendapat saya.

“Dalam liga Perancis saya rasa anda mempunyai dua, tiga pasukan dengan tahap yang baik. Di Saudi sekarang saya rasa ia lebih kompetitif. Mereka boleh berkata apa sahaja yang mereka mahu, itu hanya pendapat saya dan saya bermain di sana [Arab Saudi] setahun jadi saya tahu apa yang sedang saya cakapkan.

“Tetapi saya fikir sekarang kami lebih bagus daripada liga Perancis, kami masih bertambah baik.”

Liga Arab Saudi mendapat kemasukan wang tunai yang besar selepas Dana Pelaburan Awam (PIF) negara itu menguasai empat kelab terbesar liga tahun lalu.

Sejak Ronaldo berpindah ke Al Nassr, beberapa nama besar lain telah menyertainya di Arab Saudi, termasuk bekas penyerang Real Madrid, Karim Benzema dan bintang Brazil, Neymar.

Pengurus Lille, Paulo Fonseca menyindir Cristiano Ronaldo yang melabel Liga Arab Saudi kini lebih bagus daripada Ligue 1.

Baru baru ini, Ronaldo bercakap dalam Globe Soccer Awards menyatakan bahawa Liga Arab Saudi kini dah jauh membangun sejak ketibaannya di negara itu.

Paulo Fonseca menyindir kenyataan itu dengan menegaskan bahawa jika orang itu bijak dia tak akan percaya atau ada masa nak memikirkan kenyataan Ronaldo itu.

Fonseca berkata: “Saya tak akan mebuat perbandingan. Saya tak ada masa nak memikirkan apa yang dia katakan. Jika dia gembira di Arab Saudi, saya tumpang gembira untuknya.

Dan terbaru giliran pemenang Piala Dunia bersama Perancis, Frank Leboeuf pula membidas CR7.

Dia berkata: “Rimaslah saya dengar apabila Cristiano Ronaldo melabel Liga Pro Saudi lebih bagus daripada Ligue 1. Kenapa kamu rasa dia buat komen perbandingan dengan Ligue 1  bukannya Liga Portugal? Kerana Lionel Messi pernah bermain di sini.

“Saya hormati Cr7 namun, biar betul [Liga Saudi lebih bagus daripada Ligue 1]. Itu kenyataan yang tak adil untuk Liga Perancis.”

Leboeuf kemudian membidas pihak yang cuba memperlekehkan Ronaldo yang bermain di Liga Pro Saudi. Menurut Leboeuf, itu tidak akan sama sekali mengganggu legasi Ronaldo dalam bola sepak.

Dia menambah: “Kamu tak boleh mengambil apa apa daripada semua yang Ronaldo telah lakukan dalam bola sepak hanya kerana dia akan bersara di Liga Saudi selepas ini. Saya nak ucapkan terima kasih kepadanya kerana mengangkat sukan ini ke tahap yang lebih tinggi. Namun setiap orang akan ada pengakhiran karier mereka.

“Dia ada hak untuk bermain di Arab Saudi, walaupun saya tak pasti ianya kerana wang atau tak, sebab dia dah banyak wang kot.”

Baca yang lain