Legenda Valencia Iktiraf Courtois Adalah GOAT: “Dia Adalah Messi, CR7, Maradona”

Legenda Valencia, Santiago Canizares mengiktiraf. Thibaut Courtois adalah GOAT untuk penjaga gol. Kerana menurutnya dia tidak pernah lagi melihat penjaga gol berkualiti tertinggi seperti penjaga gol Real Madrid itu.

Courtois juga penjaga gol asal Belgium namun konflik dengan jurulatih skuad kebangsaan membuatkan dia mengundurkan dirinya daripada beraksi untuk Belgium.

Real Madrid memulakan kempen UCL musim ini dengan kemenangan. Dan Canizares memuji impak dilakukan Courtois yang dianggap berjaya membantu Real Madrid daripada keciciran mata menerusi beberapa penyelamatan hebatnya.

Tidak ramai penjaga gol seperti Courtois yang konsisten setiap musim dan setiap perlawanan.

Canizares membandingkan Courtois adalah Maradona, Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi untuk seorang penjaga gol. Memandangkan 3 pemain itu antara pemain yang sentiasa konsisten mempamerkan aksi terbaik setiap kali beraksi.

Canizares melabel Courtois berada di kelas tersendiri berbanding penjaga gol yang lain. Carnizares sudah tidak hairan dengan konsistensi ditunjukkan penjaga gol itu.

“Courtois adalah Diego Maradona, Lionel Messi, atau Cristiano Ronaldo untuk seorang penjaga gol. Dia jauh lebih bagus daripada penjaga gol yang lain. Dan dia beraksi cemerlang setiap hari, dan benda ini adalah perkara biasa untuknya.

“Courtois adalah penjaga gol terbaik yang saya pernah saksikan,” tegas legenda Valencia dan Sepanyol itu dalam ulasannya.

Courtois musim sebelumnya banyak berehat di bangku simpanan. Namun Real Madrid masih memiliki seorang lagi penjaga gol sandaran berkelas dunia iaitu Lunin yang membantu mereka menjuarai La Liga dan UCL. Courtois sempat sembuh sebelum final UCL musim lalu.