LEGO Keluarkan Batman 1989 Batmobile (Limited Edition)

LEGO adalah sejenis alat permainan bongkah plastik kecil yang terkenal di dunia khususnya di kalangan kanak-kanak atau remaja tidak pandang lelaki ataupun perempuan.

Usah katakan kanak-kanak dan remaja, orang dewasa pun turut tidak ketinggalan untuk mendapatkan permainan LEGO – terutamanya di kalangan collectors – apatah lagi jika membabitkan figura-figura yang mereka minati seperti watak superhero Batman.

Bagi peminat LEGO dan juga superhero seperti Batman, ini berita baik untuk anda!

Semalam LEGO mengumumkan mereka telah mengeluarkan replika edisi terhad Batmobile sempena sambutan ke-80 ulangtahun Batman.

Lebih menarik, kenderaan Batmobile itu adalah kenderaan yang sama digunapakai di filem arahan Tim Burton pada 1989. Filem Batman 1989 adalah produksi pertama filem superhero kegilaan ramai ini, dan baru sahaja menyambut ulang tahun ke-30 pada musim panas lalu.

Replika oleh LEGO untuk Batmobile ini memiliki beberapa ciri menarik seperti pintu kokpit yang boleh digelongsor, cermin hadapan yang dibungkus, dan caps pada rim bertemakan kelawar.

Ia turut disertakan dengan dua mesin-gun beserta dua cangkuk hiasan. Model LEGO ini mempunyai 3,306 keping bongah dan berukuran 23 inci panjang, lapan inci lebar dan berketinggian 4 inci apabila siap dipasang.

Set Batmobile ini turut disertakan dengan minifigura Batman, Vicky Vale dan Joker dan aksesori lain seperti senjata Batarang Batman, pistol milik Joker, dan kamera Vicky Vale.

Barang baik dah tentu tidak datang dengan harga yang murah. Anda boleh mendapatkan set LEGO Batmobile 1989 (Limited Edition) ini pada harga RM1033, dan akan mula dijual pada 29 November hadapan di kedai-kedai LEGO atau secara atas talian di Lego.com.

Oleh kerana ia adalah ‘Limited Edition’, sudah tentu penjualan LEGO Batmobile ini adalah terhad. Jadi kalau anda benar-benar berminat, siap-siaplah untuk mendapatkannya pada 29 November hadapan.

Jangan kata Wany tak bagitau awal ya abang-abang sekalian!

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil