Leipzig Menyesal Dapatkan Moriba, Pemain Muda Yang Berlagak Star & Mengada Ngada

laix Moriba sebelum ini pernah membuat kontroversi dengan Barcelona apabila dia enggan menandatangani kontrak profesional dengan Barca. Sedangkan dia merupakan pemain Akademi La Masia yang sepatutnya menandatangani kontrak bersama Barca apabila dirasakan layak berada di pasukan utama.

Pemain akademi seharusnya menghormati kelab dan menganggap ianya satu penghormatan apabila dinaikkan pangkat ke pasukan utama.

Moriba dikaitkan dengan usaha untuk mencari pasukan lain yang menawarkan gaji lebih tinggi kepadanya. Ketika itu, presiden Joan Laporta mengesahkan bahawa kelab mengambil tindakan tegas kepada Moriba kerana tidak mahu melanjutkan kontraknya lebih awal. Dan Moriba dibekukan daripada semua aksi termasuk aksi skuad akademi.

Laporta berkata: “Kami akan cuba memastikan kes beliau ini tidak akan berulang lagi. Dia masih ada baki setahun sahaja dalam kontraknya dan dia tak mahu menerima syarat dalam tawaran kelab.”

“Kami tidak dapat menerima perbuatannya itu dan kami menghantar mesej jelas kepada semua pemain dalam pasukan.”

“Jika kamu tak mahu memperbaharui kontrak, kami ada penyelesaian lain. Kami tak mahu pemain ‘buatan’ La Masia tidak mahu melanjutkan kontrak bersama kelab. Ini kerana dia adalah pemain yang kami sudah berikannya peluang.”

“Kelab adalah di atas segalanya. Saya mahu kamu [Moriba] fikir masak masak sekali lagi.”

“Kami tak akan membiarkan dia dinaikkan ke pasukan utama dan kemudian pergi ke kelab lain. Kami tak mahu menerima cara itu daripada mana mana pemain kami.”

Dengan status kewangan Barcelona yang ada, mereka pastinya kecewa pemain itu tidak menerima kenaikan pangkat yang mahu diberikan kepadanya. Ini kerana Barcelona berusaha sedaya upaya menggunakan sumber dari La Masia dan mencari pemain ejen bebas di pasaran perpindahan.

https://youtu.be/e603zhNazgY

Ronald Koeman yang menjadi pengurus ketika itu menyatakan bahawa beliau sudah bersemuka dengan pemain itu dan memberitahunya bahawa wang bukan segala galanya dalam bola sepak.

“Tentang Ilaix? Saya bercakap dengan Moriba dalam 2 atau 3 minggu lepas, lebih kepada percakapan di antara dua orang insan berbanding dengan perbicangan antara coach dan pemain.”

“Situasi dia sekarang sangat teruk, sebab saya tahu dia baru berusia 18 tahun. Dia adalah masa depan kelab ini, dan saya tahu dia sayangkan kelab ini.”

“Nasihat saya kepadanya, duit bukan perkara paling penting.”

“Jujurnya saya agak kecewa dengan dia dan ejennya. Saya sentiasa percaya, lebih banyak bola sepak lebih penting daripada lebih banyak wang.”

Selepas itu, Moriba memberikan respon kepada kritikan Koeman di Instagramnya dengan berkata: “Ada beribu ribu rumors, kebenarannya tak siapa pun tahu.”

Tidak terhenti di situ, Moriba kemudian menukar kewarganegarannya. Dia sebelum ini mewakili La Roja dalam semua peringkat remaja B-17.

Ayahnya terus berjumpa dengan presiden FA Guinea, dan pemain itu akhirnya memutuskan untuk mewakili negara asal kelahirannya. Dan Moriba mengesahkan bahawa dia sedia untuk beraksi dalam Piala Afrika.

Moriba merupakan pemain remaja yang ditandatangani La Masia dari akademi Espanyol. Dia dianggap prospek cerah dalam Barcelona.

Ada juga yang berpendapat, kejadian dalam beberapa bulan sebelum itu telah membuatkan Moriba memilih untuk mewakili negara asalnya. Moriba menjadi mangsa serangan rasis oleh penyokong Barca sendiri, sebalik sahaja mendengar rumors tentang masa depannya.

Beliau juga menjadi mangsa serangan perkauman ketika kekalahan Barcelona musim lalu.

Barcelona memberikan sokongan kepada pemain itu dan berharap tidak ada serangan rasis ke atasnya dengan berkata: “Kita cintakan bola sepak, kita menentang perkauman.”

Moriba kemudian menyertai RB Leipzig. Dan sekarang ini Leipzig pula yang sakit kepala dengan karenah Moriba.

Leipzig mengesahkan bahawa Ilaix Moriba bukan sebahagian daripada rancangan Lepizig untuk musim depan. Kecuali Domenico Tedesco meninggalkan jawatan pengurus. Mungkin Moriba berpeluang untuk menjadi sebahagian pasukan.

Tedesco sangat marah dengan sikap pemain itu dan tingkah lakunya. Di mana kontroversi sikap divanya melebih prestasinya di atas padang.

Laporan Bild di Jerman, malah mendedahkan episod yang menguji kesabaran jurulatihnya: “Dia mengarahkan ahli fisioterapi membawakannya buat anggur semasa sesi urutan.”

Peristiwa itu membuatkan Ilaix Moriba dihantar secara pinjaman ke Valencia dengan harapan akan dapat menjual pemain itu. Selain itu Moriba juga tidak sehaluan dengan bekas pengurus Leipzig sebelum ini iaitu Jesse Marsch yang kini menjadi pengurus Leeds. Dia tidak berpuas hati kerana tidak mendapat peranan yang dia mahukan di atas padang.

Kini Leipzig menganggap Ilaix Moriba pemain yang tidak matang dan kebudak budakkan. Walaupun sebelum ini menganggap kejayaan mendapatkan Moriba adalah kejayaan besar kelab dalam perpindahan pemain. Kerana pemain itu menjadi rebutan banyak kelab termasuk Chelsea.

Pada dasarnya, kelab Jerman itu memahami bahawa ianya bukan perniagaan yang baik untuk berpisah dengan pemain bola sepak 19 tahun itu dalam masa terdekat, yang mempunyai baki kontrak sehingga 2026. Di mana mereka membayar €16 juta euro kepada Barcelona dengan ada €6 juta lagi bonus tambahan jika beberapa syarat prestasi dicapai.

Leipzig sudah merasakan bahawa perpindahan ini agak merugikan mereka kerana pemain itu langsung tidak menunjukkan sikap profesionalnya walaupun mengakui Moriba pemain yang sangat berbakat.