Leipzig Terkejut Struktur Bayaran Dani Olmo Ditawarkan Barca

RB Leipzig tidak percaya dengan tawaran bidaan yang dihantar oleh Barcelona bagi mendapatkan Dani Olmo.

Selain tawaran harga yang terlalu rendah, struktur bayaran juga dianggap tidak masuk akal.

Dani Olmo cemerlang membantu Sepanyol menjadi juara Euro 2024. Dan menjadi pemenang kasut emas bersama, dalam pertandingan itu.

Banyak kelab berminat untuk mendapatkan Dani Olmo. Antaranya adalah Barcelona yang menganggap pemain itu sebagai sesuai dengan DNA taktikal mereka.

Barcelona bagaimanapun bergelut untuk membeli Dani Olmo dengan situasi ekonomi kelab itu ketika ini.

Lantas mereka menawarkan pakej bayaran harga tetap €40 juta yang akan dibayar secara ansuran selama 4 tahun.

Bermakna Barcelona hanya akan membayar ansuran €10 juta semusim.

Barcelona turut menawarkan pakej bonus €20 juta yang akan dibayar berdasarkan prestasi dan pencapaian kesukanan. Terutama sekali pencapaian menjuarai La Liga dan UCL yang membolehkan Leipzig menerima bonus itu.

Menurut laporan dari Jerman, Leipzig dikatakan terkejut dengan tawaran itu. Kerana harga yang ditawarkan dianggap terlalu rendah. Selain itu mereka tidak percaya ada kelab cuba membayar €40 juta dalam masa 4 tahun.

Bonus prestasi juga dianggap sukar untuk dicapai secara maksimum. Lantas Leipzig dikatakan tidak berminat untuk membincangkan tawaran seperti ini.

Mereka hanya akan mempertimbangkan semula tawaran Barca juga tawaran harga lebih baik dan pakej bonus serta struktur bayaran yang dianggap masuk akal.

Selain Dani Olmo, Barcelona juga berusaha untuk mendapatkan Nico Williams. Namun setakat ini tiada rundingan yang benar benar konkrit berlaku.

Barcelona akan menyaksikan kenaikan gaji yang tinggi pada kontrak Robert Lewandowski dan kemudian perlu membayar gaji yang besar untuk Frenkie De Jong pada musim baharu.