Leipzig: Bila Masa Chelsea Aktifkan Klausa Pelepasan Werner?

Setelah beberapa media melaporkan bahawa The Blues semakin hampir mendapatkan tandatangan penyerang antarabangsa Jerman, namun Leipzig menerusi Oliver Mintzlaff menafikan perkara itu.

Semalam Fabrizio Romano menyatakan bahawa Chelsea telah dalam proses akhir untuk menyiapkan kertas kontrak kerana Werner dilaporkan bersetuju untuk mengaktifkan klausa pelepasan beliau di Leipzig.

Romano menyatakan Chelsea mengambil langkah untuk mendapatkan Werner selepas Liverpool dilihat tidak memulakan sebarang rundingan rasmi.

Laporan oleh Melissa Reddy – koresponden tier 1 Liverpool – di Goal juga melaporkan perkara itu.

Hari ini, Pengarah Urusan RB Leipzig, Oliver Mintzlaff menafikan akan perkara itu. Malah mereka langsung tiada perbincangan dengan Chelsea. Apatah lagi menerima bidaan daripada The Blues.

Mintzlaff, turut menambah setakat ini tiada bidaan formal dilancarkan oleh mana mana pihak termasuk Chelsea. Pemain antarabangsa Jerman itu kini fokus untuk menamatkan musim ini bersama dengan Leipzig.

Oliver Mintzlaff berkata “Kami belum melakukan sebarang urusan,” katanya kepada Sky Sports Jerman ketika ditanya tentang pemain berusia 24 tahun itu.

“Oleh itu, kami tidak ada apa untuk dilaporkan kepada anda. Timo Werner adalah pemain RB Leipzig. Dia memberi isyarat beberapa minggu yang lalu bahawa dia sibuk dengan urusan perpindahan.”

“Namun, sehingga kini tidak ada apa yang berlaku.”

“Kami semua fokus kepada pecutan terakhir di dalam kempen liga. Kami mahu layak ke Liga Juara-Juara. Itulah adalah satu-satunya perkara yang sedang kita bincangkan dengan Timo.”

“Adalah penting untuk kami untuk cuba melanjutkan kontrak dengan beliau. Kami melakukannya pada musim panas lalu kerana amat penting bagi kelab ‘muda’ macam kami memastikan tiada pemain [bintang] kami keluar.”

“Tentu saja, ada klausa pelepasan yang kami buat dalam kontrak untuk memberikannya pilihan dan kesempatan untuk mengambil langkah selanjutnya [jika dia mahu keluar].”

Seterusnya Oliver Mintzlaff menyatakan segalanya terserah kepada Werner, dia mengawal keadaan sekarang.

“Sekarang Timo duduk di tempat ‘pemanduan’, bukannya kita lagi. Sejauh ini, dia tidak menggunakan klausa itu, dan tidak ada kelab yang menghantar tawaran kontrak perpindahan kepada kami. ”

“Sekiranya Timo meninggalkan kelab, kami pasti kelab yang membeli beliau akan membenarkan beliau terus kekal di sini menamatkan musim ini bersama kami.”

“Kami hanya boleh membincangkan tentang Liga Juara-Juara [dengan kelab pembeli – jika ada] selepas kami tahu bila tarikh ia bersambung semula. Namu ia tidak akan diputuskan sehingga pertengahan bulan Jun.”