Lelaki Bangang Jilat Deodoran Ini Disabitkan Dengan Akta Keganasan

Di tengah wabak koronavirus menjadi kerisauan dunia, seorang lelaki dengan bangganya dan bagangnya telah merakam aksinya menjilat beberapa produk di rak pasaraya Walmart.

Pada hari ini macam macam benda yang budak budak ni buat untuk menarik pengikut di laman sosial mereka. Tempoh hari ada yang membuat cabaran menjilat tandas kapal terbang pun ada.

Seorang lelaki di Warrenton County juga mahu popular dan menarik perhatian umum kepadanya.

Saspek yang bernama Cody Pfister telah berkongsi aksi itu di snapchat dengan menjilat deodorant sambil berkata: “Siapa yang takut dengan koronavirus?”

Video itu dirakam pada 11 Mac di Walmart cawangan Warrenton County.

Jika dahulu kesalahan ini hanyalah kesalahan vandalisme ataupun merosakkan barang perniagaan dan sewaktu dengannya.

Namun, brader ni silap besar melakukannya ketika darurat koronavirus yang diumumkan oleh WHO.

Pfister terus diburu dan ditangkap polis pada 23 Mac dan di akan dihadapkan ke mahkamah.

Pihak polis bertindak atas laporan daripada pihak Walmart selepas mendapat banyak mesej dan email aduan daripada orang ramai tentang kelakuan lelaki tersebut.

Polis cawangan Warrenton County mengesahkan bahawa lelaki tersebut telah ditahan kerana melakukan kesalahan berat.

“Satu video lelaki tempatan, yang merakam dirinya menjilat beberapa barangan dan memperlekehkan koronavirus di Walmart dan memuat naik di media sosial — lelaki itu sudah ditahan.”

“Dia masih menunggu pertuduhan ke atasnya oleh jabatan pendakwaraya Warren County.”

“Kami tidak dapat berkongsi video itu di sini. Ianya telah mendapat perhatian meluas di seluruh dunia termasuk Belanda, Ireland dan UK.”

“Kami mengambil berat aduan tentang perkara ini, dan berterima kasih di atas kesemua yang melaporkan kejadian ini. Atas tindakan anda, perkara ini dapat dibangkitkan.”

Lelaki itu kini berhadapan dengan akta jenayah dan keganasan yang melibatkan ancaman kepada kesihatan.

Apa yang dia lakukan itu boleh membuatkan jangkitan kepada orang lain sekiranya dia ada dijangkiti wabak.

Koronavirus bukannya wabak yang terus menunjukkan simptom ataupun gejala kepada pesakitnya.

Ianya satu kesalahan yang agak berat hanya kerana tindakan bodoh menjilat ubat ketiak.

Korang janganlah buat benda macam ni ok di kala orang sedang berusaha menumpukan cara nak melawan covid-19 ni.

Koronavirus telah menjadi wabak global yang sangat membimbangkan. Banyak negara sudah menguatkuasakan perintah lockdown kerananya.

Impak koronavirus ini sangat teruk termasuk kepada industri yang besar seperti penerbangan, pelancongan dan perhotelan.

Bersama sama kita mengambil langkah pencegahan dan mengekang wabak koronavirus daripada terus merebak.

Pastikan korang sentiasa berada di rumah dan menjarakkan diri daripada orang lain. Sentiasa cuci tangan dengan sabun ataupun pembasmi kuman / hand sanitizer.

Elakkan menyertai sebarang perhimpunan ataupun pergi ke kenduri pada masa ini.

Semoga kita akan kembali seperti dahulu sedikit waktu lagi.