Lelaki Bantu Tikus ‘Stoner’ & ‘Tenang’ Ini Keluar Dari Ketagihan Dengan Program Rehabilitasi 12 Langkah

Pada suatu hari, seorang lelaki mendapati ada seekor tikus berada dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana dalam keadaan khayal selepas menikmati daun ganja.

Colin Sullivan, seorang penduduk di New Brunswick, di mana di kawasan mereka tanaman itu dibenarka.

Dan dia mendapati tikus itu sudah beberapa kali ke kawasan kebun ‘sayurnya’ untuk memakan daun tersebut.

Berkongsi menerusi facebook, Colin menunjukkan imej tikus itu yang sedang terbaring dalam keadaan high dan stim ganja.

“Untuk dua hari beturut turut saya menangkap si ‘pot head’ [gelaran untuk penghisap ganja] ini mengambil ‘tanaman’ saya sampai dia tak sedarkan diri.”

“Dia [tikus] itu tak ada telinga sebelah, ,mungkin sebab itu dia merawat dirinya sendiri untuk PTSD. Namun dah tiba masanya untuk kita masuk campur.”

“Tak apa, kali ni kita biarkan dia tidur dulu, nanti dia bangun kita akan bercakap tegas dengan dia.”

Colin kemudian memutuskan untuk menghadkan pengambilan ganja oleh tikus itu.

Colin mendedahkan bahawa tikus itu ada masalah ketagihan yang melampau. Sehinggalah dia terpaksa membantu tikus itu mengurangkan ketagihannya.

Proses rehab

Tikus yang stoner itu kemudian kelihatan dalam keadaan teruk pada hari berikutnya, sebaik sahaja Colin memutuskan untuk mengurangkan pengambilan ganja kepada sehelai daun sahaja.

“Ada beberapa hari yang sukar untuk kawan kecil kita di sini, dan walaupun sakit perut dan kes buruk kesan daripada ketagihan, saya rasa dia akan mampu pulih sepenuhnya.”

“Dia sudah diberikan hanya sehelai sehari, dan nampaknya dia berjaya membiasakan dirinya dengan baik.”

“Sehelai dalam sehari sahabatku, sehelai sehari.”

 

Selepas enam hari tikus itu menjalani ’12-step programme’, tikus itu akhirnya menerima pingat kejayaan 12-step chip – pingat yang biasa diberikan komuniti pemulihan kepada mereka yang berjaya mengatasi masalah ketagihan.

Colin berkata:  “Pada tikus menuju hari penebusan !!! Setelah bertarung begitu panjang dan sengsara dengan ketagihan, tikus kecil ini telah menyempurnakan perjuangannya, mengambil biji dan batangnya [hadiah] dan siap untuk roll out.”

“We*d memberikan segala manfaat dalam membantu penagih keluar daripada hidup dalam ketagihan.”

“Dia berjaya menjadi ‘cannibest’ [orang yang konsum ganja dengan bijak] dan telah dianugerahkan dengan cip 12 langkah pertamanya.”

“Saya mungkin akan menjadi orang yang akan membuka sangkar ini, namun yang membebaskan dia [daripada ketagihan] adalah dirinya sendiri.”

“Sekian sahaja sahabat lama, sampai kita berjumpa lagi.”

Tikus pun boleh keluar daripada ketagihan jika disiplin itu diamalkan, apatah lagi manusia kan?

Baca yang lain