Di Gujarat India, berlaku satu insiden yang pelik melibatkan seorang petani. Ketika itu petani tersebut sedang menebas lalang di ladangnya.
Namun tidak semena-mena, seekor ular tedung telah datang menyerang dan mematuknya.
Selepas mematuknya, ular itu melarikan dirinya. Petani itu sangat marah dan mengejar ular tedung itu. Dia mahu membunuh ular tedung tersebut.
Menurut laporan oleh Times Of India, lelaki itu bernama Parvat Gala Baria. Dia seorang petani yang sudah berusia 70 tahun.
Anak perempuannya ada di tempat kejadian, melihat si ayahnya mengejar ular tedung itu dalam keadaan kesakitan kerana selepas dipatuk.
Selepas dia mendapat ular itu, Parvat telah menggigit ular itu sebagai balas dendam dia dipatuk. Patukan dibalas gigitan dikira pembalasan paling dekat kerana manusia mana ada bisa nak patuk ular kan?
Selepas itu, Parvat telah membakar ular itu hidup hidup. Kejadian ini berlaku kira-kira lapan bulan yang lalu.
Around eight months ago:https://t.co/WXWADBfBAJ
— Saad سعد (@saad_durrani) February 22, 2020
Sebaik sahaja tamat insiden pembalasan itu, Parvat dikejarkan ke hospital yang berdekatan.
Namun Baria terpaksa pergi ke tiga buah hospital, daripada hospital kerajaan ke hospital swasta dan kemudian kembali semula ke hospital kerajaan.
Times Of India sempat mengkritik ketidakcekapan pegawai kesihatan mereka di India dalam mengendalikan kes seperti ini.
Seorang mangsa patukan ular sepatutnya mendapat rawatan segera. Sedangkan di India kes yang melibatkan patukan ular ini sangat biasa dan sangat banyak.
Kenapa mereka masih gagal menyediakan satu mekanisme rawatan dan pengendalian yang lebih baik.
Dan kesannya Parvat meninggal dunia kerana bisa ular tersebut sudah menguasai salur darahnya.
Parvat boleh dikira kuat kerana mampu bertahan dengan sangat lama selepas dipatuk ular tedung. Malang sekali hospital pula yang tidak ada penawar ataupun rawatan.
Ada sesetengah manusia hanya mampu bertahan 10 minit jika dipatuk ular, bergantung kepada bisa ular yang memasukki badan mereka.
Kejadian yang sama pernah berlaku pada 2012 di Nepal. Di mana seorang pesawah dipatuk ular. Lelaki itu kemudian mengejar ular tersebut, menangkap dan memengalnya.
Berhati hatilah kepada anda yang memasuki hutan ataupun ke kawasan seperti sawah dan ladang.