Seorang peminat tegar kelab bola sepak Vila Nova telah mengalami 4 kekalahan dalam hidupnya dalam satu hari.
Lelaki itu mahu menunjukkan rasa cintanya kepada kelab itu dan mahu menyaksikan aksi play off untuk promosi ke liga utama.
Vila Nova kelab yang beraksi di Serie B, Brazil berdepan dengan ABC Futbol Club. Ianya akan menentukan kelab yang akan naik ke Serie A.
Penyokong tegar itu telah memutuskan untuk meninggalkan isterinya yang sedang menunggu jam untuk melahirkan anak di wad bersalin.
Lebih teruk, dia meninggalkan anak kecilnya yang sedang sakit dan menunggu hari untuk masuk ke bilik bedah. Anak itu ditinggalkan berseorangan di rumah dan ayahnya pergi bersama kawan kawannya yang lain untuk menyaksikan aksi play off.
Dia pastinya mengharapkan kelabnya akan menang dalam perlawanan play off itu. Sekali tak!
Vila Nova telah tewas dalam perlawanan itu. Lelaki itu tahu hari itu mungkin hari paling malang dalam hidupnya ketika pemain pasukannya menjaringkan gol sendiri minit ke-14.
Dan ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama. Mereka merapatkan jurang pada minit ke-79 menerusi gol Rafael Donato.
Namun pada masa kecederaan 90+4 pemain ABC diberikan penalti yang disempurnakan oleh Thonny. Pada kedudukan 3-1, Vila Nova meraih satu lagi gol sebelum wisel penamat minit ke-90+9 namaun sudah terlalu lambat untuk bangkit.
Lelaki itu menangis, kerana sebelum perlawanan tamat, dia menerima mesej daripada isterinya menuntut cerai kerana dia tidak bertanggungjawab ke atas keluarganya.
Mengutamakan bola sepak lebih daripada isterinya yang sarat mengandung dan anak mereka yang sedang sakit menunggu masa untuk dibedah.
Dia mengalami 4 kekalahan dalam masa sehari. Kehilangan isteri, kehilangan anak, tak dapat melihat cahaya mata baharunya lahir dan pasukannya gagal dalam play off untuk promosi.
Dia menangis di hadapan tv berkongsi nasib malangnya. Namun netizen kebanyakannya memberikan komen, ‘padan muka’.
Seorang lagi peminat berkata: “Seorang lagi orang Brazil yang bertuhankan bola sepak dan menjadi bodoh kerananya.”
Mereka mempersoalkan di mana akal lelaki itu sambil menyatakan bahawa isterinya berhak mendapat suami lebih baik.
A Vila Nova fan left his pregnant wife to watch his team play, leaving her alone with their 3-year-old daughter, who is about to have surgery.
Vila Nova lost 3-2 to ABC and missed out on promotion to the top-flight, whilst his wife asked for a divorce. pic.twitter.com/E9bG6RQQyw
— Zach Lowy (@ZachLowy) November 26, 2023
Mereka juga mengingatkan lelaki itu bahawa, di masa akan datang jangan buat benda bangang seperti itu lagi. Kerana ianya sangat memudaratkan keluarganya yang sedang memerlukannya terutama sekali anak yang dia tinggalkan di rumah sorang sorang.