Lelaki Indonesia Ini Kongsi Kisah Malang Pergi Ke Kedai Membeli Cincau

Berbuka puasa dengan air sejuk dan manis memang seringkali menjadi pilihan mereka yang berpuasa. Lega rasanya melepaskan dahaga anak tekak tu kan.

Namun seorang lelaki di Indonesia mengalami pengalaman yang agak menyedihkan apabila discam penjual cincau.

Niat lelaki bernama Khoirul Anam adalah untuk minum selepas solat tarawih. Lalu dia membeli air cincau dari sebuah kedai.

Khoirul meletakkan air itu di dalam peti sejuk, menunggu masa sesuai untuk meminumnya.

Dia langsung tak perasan dan teperdaya dengan bungkusan minuman itu. Dia hanya tersedar ketika dia menuangkan air cincau itu ke dalam bekas. Dan mendapati memang bukan air cincau hitam seperti yang diharapkannya.

Rupa rupanya biji biji cincau itu hanyalah contengan dengan marker pen. Di sini dengan jelas menunjukkan lakaran menggunkan permanent marker pada luar plastik tersebut.

Khoirul berkongsi pengalamannya di Facebook dan mendapat beribu ribu perkongsian. Ketika artikel ini ditulis, hantaran itu dikongsi leboh 3.2k kali.

Berhati hati membeli juadah, jangan sampai kena tipu. Misalnya karipap oksigen pun banyak juga kes kan?

Kepada peniaga, pastinya kejujuran itu penting. Kesian orang yang membeli tu kena scam macam tu.

Jangan sampai keluar pantun, pergi ke kedai membeli cincau…

Sumber: FB Khoirul Anam

Baca yang lain