Lelaki Ini Berbelanja RM107K Kerana Pembedahan Agar Seiras Beckham

Akibat terlalu minat dengan David Beckham, seorang lelaki sanggup membelanjakan sekitar £20,000 ataupun RM107,000 agar wajahnya sama dengan legenda bola sepak England itu,.

Jack Johnson melakukan pembedahan plastik agar wajahnya mirip dengan Beckham.

Dan kemudian dia mengakui dia dibebani hutang keliling pinggang kerana menanggung kos pembedahan, rawatan dan penjagaan.

Dia membuat pinjaman bank untuk memastikan dia mampu menunaikan hasratnya agar menjadi seiras Beckham.

Menurut laporan Derby Telegraph, dia berhutang sekitar £14,000 ataupun sekitar RM74,800 kerana kegilaannya mahu menjadi kacak seperti Beckham.

Jack Johnson membuat pembedahan pada pipi, dagu, kening, bibir, gigi dan beberapa lagi suntikan kosmietik yang lain.

Namun akhirnya dia sedar bahawa wajahnya masih jauh daripada wajah Beckham yang dia impikan.

Sambil dimaklumkan dia memerlukan kira kira £30,000 (RM160,000) lagi untuk mencapai matlamat agar wajahnya benar benar seperti Beckham.

Bercakap kepada ITV, Johnson berkata: “Jelas sekali saya tahu saya tak mirip dengan dia [David Beckham]. Saya takdelah bodoh sangat.”

“Saya dimaklumkan bahawa perjalanan saya masih jauh untuk mencapai matlamat saya agar kelihatan seperti dia. Senang cerita, perlukan kira kira 30 ribu pound lagi. Memang maha ler ceritanya nak buat pembedahan agar kelihatan seperti Beckham.”

“Saya dah katakan bahawa saya sangat memerlukan wang itu untuk mengubah hidup saya.”

“Saya suka dengan diri saya. Saya cuma nak kelihatan seiras David Beckham. Ada ke manusia yang tak mahu? Walaupun orang yang bukan peminat Beckham sekalipun.”

Baca yang lain