Lelaki Ini Ceraikan Isterinya Dan Berikannya RM13.94 Billion

Bekas isteri seorang billionaire bioteknologi China telah melihat kekayaannya meroket laju semalam. Ini setelah beliau menerima sejumlah saham bernilai £2.6 billion (RM13.94 billion) daripada bekas suaminya.

Ianya adalah bayaran penyelesaian daripada penceraian mereka.

Angka itu kini menjadikan ia sebagai salah satu penceraian paling mahal di dunia.

Wanita berdarah Kanada-China Yuan Liping, 49, menjadi billioanire setelah baru-baru ini telah mengakhiri perkahwinannya dengan hartawan berusia 56 tahun, Du Weimin, yang digelar sebagai ‘maharaja vaksin’ China.

Du, yang memiliki nilai kekayaan sebanyak £5.3billion, memberikan hampir separuh stok daripada sahamnya di syarikat pengeluar vaksin – kepada bekas isterinya, dengan serta-merta menjadikannya salah seorang wanita terkaya di China.

Du, Presiden Shenzhen Kangtai Biological Products, memindahkan lebih daripada 161.3 juta saham kepada Puan Yuan, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat itu pada 29 Mei.

Setiap saham Kangtai bernilai 140.78 yuan (£15.8) pada penutupan Isnin, menjadikan nilai keseluruhan nilainya adalah  22.7billion yuan (£ 2.6 billion).

Du memiliki 51.26% saham syarikat sebelum menyerahkan 23.99% daripada jumlah syarikat itu kepada bekas isterinya, menurut China Securities Times.

Kenyataan oleh Kangtai mengatakan bahawa Puan Yuan tidak berusaha untuk menguasai syarikat itu dan menyerahkan haknya kepada Du.

Puan Yuan tinggal di Shenzhen, seorang yang low profile dan jarang muncul di media.

Dia berkhidmat sebagai pengarah Kangtai antara Mei 2011 dan Ogos 2018, lapor Bloomberg.

Kini beliau juga merupakan naib pengurus besar anak syarikat Beijing Minhai Bioteknologi.

Du Weimin pula, seorang taikun yang kaya raya atas usahanya sendiri, memperoleh kejayaan perniagaannya dengan menjadi pengeluar utama vaksin Hepatitis B di negara China.

Du menduduki tempat ke-81 dalam China Rich List 2019 oleh Forbes.

Hartawan itu lahir pada tahun 1963 dari keluarga petani yang miskin di wilayah selatan Jiangxi. Beliau mulai belajar di sekolah kesihatan tempatan pada tahun 1984.

Dan kemudian mendapat pekerjaan pertamanya sebagai juruaudit di Stesen Kesihatan dan Pencegahan Epidemik Provinsi Jiangxi pada tahun 1987.

Nasibnya berubah ketika beliau berhenti kerja di pusat kesihatan yang dikendalikan oleh kerajaan itu untuk menjadi jurujual vaksin pada tahun 1990-an.

Pada tahun 1995, beliau dinaikkan pangkat menjadi pengurus jualan untuk syarikat bioteknologi.

Du menjadi Pengerusi di Kangtai pada tahun 2009 setelah firma itu mengambil alih Minhai, sebuah syarikat yang didirikan oleh Du sejak lima tahun sebelumnya.

Pembubaran perkahwinan Du dan Puan Yuan merupakan salah satu perpisahan paling mahal di China.

Media tempatan membandingkannya dengan perceraian pengasas Amazon Jeff Bezos sebelum ini yang melibatkan penyelesaian yang jauh lebih tinggi.

Bezos, lelaki terkaya di dunia, dan isterinya MacKenzie setuju dengan perceraian mereka pada April 2019.

Bezos menyimpan 75 peratus saham bersama mereka $144billion Amazon, memberikan MacKenzie, suku yang mewakili empat peratus saham dalam syarikat bernilai £28billion.

Kisah dia hampir sama dengan kisah Encik Du ni. Di mana beliau menyerahkan sejumlah wang yang sangat besar tanpa banyak songeh.

PERHATIAN!

Sempena meraikan ulangtahun kejayaan LIVERPOOL memenangi UCL tahun lepas, kami lancarkan buku yang merakam sejarah paling manis buat kelab yang akan menang EPL tak berapa lama lagi dah ni.

Buku ini adalah debut daripada Axello Tacts:

Kalau nak beli, boleh buat kat sini: https://bit.ly/liverpoolmahkotaeropah

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai