Lelaki Ini Ditangkap Polis 5 Kali Dalam 3 Hari Kerana Mirip Spy Korea Utara

Dalam satu kisah yang malang tetapi lucu, seorang lelaki dari Baicheng di Wilayah Timur Laut China telah dilaporkan oleh orang awam kepada polis lima kali dalam tiga hari.

Dan lima kali jugalah dia digari dan dibawa ke balai untuk siasatan. Ini semua sebab kes pelanduk dua serupa.

Sehari sampai dua kali dia dipenjara sebaik sahaja dibebaskan.

Ianya gara gara wajahnya yang sangat mirip dengan penjenayah dan ejen pembelot Korea Utara, Zhu Xianjian.

Zhu Xianjin sebelum ini berjaya melarikan diri dari penjara selepas memasuki China secara haram pada 2013. Walaupun penjara itu sangat ketat, namun ternyata spy Korut itu benar benar power dalam meloloskan diri.

Xianjin disabitkan dengan beberapa siri kesalahan dan pengkhianatan kepada negara. Polis telah mengeluarkan gambar Xianjin dan meminta orang ramai memberikan maklumat kalau ada ternampak penjenayah itu.

Menurut laporan, Xianjin, dijatuhi hukuman penjara 11 tahun kerana kesalahan jenayah menceroboh sempadan, rompakan.

Xianjin sebelum ini sudah diusir dari negara China. Oleh kerana dia memasuki China sekali lagi, maka dia dianggap penjenayah dan dipenjarakan.

Bagaimanapun, dia melarikan diri dari penjara pada 18 Oktober. Pihak berkuasa tempatan mengeluarkan ganjaran 700,000 yuan atau sekitar RM463k kepada mana mana pihak, tidak kira individu atau organisasi yang berjaya membantu kerajaan menangkap Xianjin.

Kes lari daripada penjara tempat Xianjin dipenjara dilaporkan sangat jarang berlaku. Jadi berita tentang pelarian penjenayah itu telah menarik minat ramai orang.

Banduan itu dilaporkan telah memecah masuk ke dalam rumah orang ramai dan mencuri wang tunai, telefon bimbit, pakaian dan lain lain.

Menurut laporan, hukumannya diringankan sebanyak dua kali penjara, pada 2017 dan 2020, kerana menunjukkan kekesalan dan mengekalkan disiplin yang sangat baik.

Kemudian di Baicheng pula, seorang Lelaki yang disalah anggap sebagai penjenayah itu mempunyai ciri-ciri wajah yang hampir serupa dengan Xianjian.

Memandangkan penjenayah itu melarikan diri, penduduk tempatan berjaga-jaga dan ketika ternampak dia di sekitar pekan atau bandar, mereka terus menghubungi polis.

Penduduk tempatan juga berasa sedih kerana lelaki itu ditangkap secara salah dan menasihatkannya untuk memakai kad pengenalan di lehernya.