Bukan satu, bukan dua, bukan tiga, tetapi Cain Vincent Dyer melakukan lebih daripada 100 rompakan bank sekitar 1999-2001 sebelum menyerahkan dirinya kepda polis. Dan sekarang, dia telah mendedahkan tips bagaimana dia melakukannya.
Dyer menyatakan bahawa keberkesanan tips itu adalah bergantung kepada seseorang. Dan untuk orang sepertinya itu sangat efektif. Untuk orang lain, mungkin mereka akan terus ke penjara dalam cubaan pertama.
Sasaran utama
Bercakap kapada Insider, Dyer berkata: “Bagi sesiapa di luar sana yang menonton ini dan anda fikir kamu akan melakukan rompakan bank seperti yang saya lakukan, saya nak beritahu kamu di sini, bahawa kamu akan meringkuk dalam penjara. Lupakan sahaja rompakan bank ni,” katanya.
“Jadi, satu perkara pertama yang saya akan lakukan adalah terus pergi ke bahagian merchant teller.”
Merchant teller merujuk kepada pegawai bank yang menjadi perantara antara klien dengan bank. Mereka akan mengambil wang, cek dan sebagainya dan kemudian mendepositkannya ke dalam bank. Mereka juga membantu dalam mengeluarkan wang kepada pelanggan, bagi mereka yang masih menggunakan transaksi secara manual.
Hari ini banyak dan kerja hanya dilakukan dengan mesin automatik. Tetapi merchant teller tetap masih ada.
Cain menambah: “Kerana saya tahu di situ staf yang bekerja di seksyen itu ada banyak wang.”
Sedaya upaya kawal keadaan
“Saya dah tengok banyak movie rompakan bank, ‘Hey, angkat tangan semua’ Saya rasa perkara itu akan terus membuatkan orang tahu itu adalah rompakan bank.”
“Oleh sebab tu lah saya sentiasa cuba suruh mereka yang ada di situ meletakkan tangan di bawah, kerana saya tak nak orang lalu lalang di depan bank dan melihat ada orang dalam bank berdiri sambil mengangkat tangan atau meniarap di atas lantai.”
“Saya sentiasa menyuruh orang yang ada di dalam bank untuk tunduk dan terus pandang ke depan. Dengan cara itu, jika ada orang yang baru nak berjalan masuk ke dalam bank pun, orang tak tahu di situ ada rompakan bank, sehinggalah mereka benar benar masuk ke situ.”
“Jadi saya akan cuba untuk membaca ‘suhu’ bilik di situ. Saya akan memerhatikan siapa yang mengikut arahan ataupun cuba bergerak dengan lambat, siapa yang cemas dan takut.”
“Kemudian saya akan cuba mengawal situasi dan memastikan keadaan mereka lebih tenang.”
“Dan malangnya, jika proses itu terlalu lambat, saya terpaksa bertindak agresif kepada orang ramai.”
“Memeriksa suhu, merompak dari mesin automatik yang ada di bahagian menguruskan pinjaman wang. Jika keadaan tidak begitu lancar, saya tahu, saya masih tetap membawa pulang ‘gaji’ harian yang cukup.”
“Pegawai teller serta pengurus bank akan menjadi orang yang akan bersama sama dengan saya berjalan masuk ke dalam bilik kebal.”
“Macam saya cakap, jika mereka terlalu takut ataupun cemas, maka saya akan membatalkan niat untuk masuk ke bilik kebal. Sebab tu saya suka merompak bank yang ada merchants teller.”
“Kerana mereka adalah orang yang memegang wang paling banyak di dalam bank.”
Seterusnya, saya sentiasa memilih bank yang akses pengangkutannya banyak bersambung sambung. Dan sebenarnya, memang bank selalu memilih lokasi seperti itu. Saya perlu tahu, jalan jalan alternatif untuk saya masuk atau keluar.”
“Ketika masuk ke dalam bank saya akan memerhatikan siapakah pegawai yang paling mengawal keadaan di situ.”
Analisis lengkap
“Kadangkala saya menganalisis keadaan sehingga sehari suntuk, kadangkala setengah hari pun ada, dan lepas maklumat cukup, saya balik. Untuk bank lebih besar, saya perlu meneliti lebih rapi operasinya.”
“Saya akan melihat timing sesuatu proses dan saya juga memerhatikan kerja kerja mengambil wang.”
“Ianya mengambil masa sehingga, seminggu, sebulan, tak tahulah. Saya mengajar diri saya tentang segalanya berkaitan bank itu.”
“Akhirnya, saya akan dapat juga titik kelompongan daripada beberapa manual bank, manual pekerja, garis panduan staf, dan segalanya. Termasuk peti keselamatan, serta bilik kebal.”
Pemilihan pakaian dan kelengkapan
“Pada hari rompakan, saya akan memakai pakaian paling sesuai berdasarkan elemen hari itu.”
“Saya sentiasa memakai pakaian yang labuh, jeans, jaket, dan tidak terlalu menonjol.”
“Saya pakai krazy glue [gam gajah] untuk melindungi cap jari saya dan juga cap tapak tangan. Saya sentiasa memakai cermin mata gelap, topi, yang secukupnya menutup identiti.”
“Kadangkala terpaksa pakai maskara, bergantunglah kepada keadaan. Untuk kawasan yang kurang kepelbagaian bangsa, saya biasanya menyimpan ataupun menggunakan jambang palsu.”
“Kemudian saya akan melihat kedaan cuaca. Kerana kalau hari itu dijangka hujan, saya akan siap siap pakai lebih tebal. Kalau cuaca panas, bermakna ramai orang keluar, dan itu bermakna saya berada di dalam kerumuman manusia.”
“Ketika hujan, kurang orang keluar, jadi orang akan dengan mudah terus memerhatikan kamu.”
“Ada beberapa bandar, kamu kena memikirkan cara keluar dari bank segera tanpa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.”
Melarikan diri dengan tenang
“Namun, memang ada bank saya akan pilih untuk rompak mereka pada waktu puncak, kerana ianya akan melambatkan polis mengejar kamu kerana kesesakan lalu lintas.”
“Jika di dalam tv kamu lihat polis dengan segera bertindak dalam 3 atau 4 minit terus sampai ke bank. Itu sebenarnya sangat tepat. Perkara seperti itu bukan hanya di Hollywoood.”
“Jadi saya akan memarkir kerata di tempat yang ramai orang serta memilih kereta yang mudah untuk melepaskan diri.”
“Kebiasannya ramai perompak suka memakir kereta dekat dengan bank. Maka, orang yang lalu lalang depan bank akan dengan mudah melihat kereta kamu.”
“Jadi ketika saya keluar dari bank, saya akan akan memandu ke selekoh. Barulah saya akan menekan minyak kuat sikit. Saya tak akan sesekali rem minyak depan bank.”
“Jika berselisih dengan polis, saya akan melihat ke arah mereka. Kerana sebenarnya polis mencari orang yang takut menatap mata mereka.”
“Dengar sini, apabila ramai polis berselisih dengan kamu, ataupun lori bomba, apa kamu akan buat? Kami semua akan saling berpandangan. Dia tengok saya, saya tengok dia.”
“Sebab, ketika polis memandu mencari perompak, mereka akan cuba melihat gerak tubuh siapa yang cuba mengelak daripada mereka.”
Simpan wang elak dirompak
“Tentang beg rompakan. Saya akan meninggalkannya di beberapa tempat.”
“Saya akan membakar pakaian yang saya pakai pada hari rompakan. Sembunyikan wang di beberapa tempat. Saya tak tahu, di sini mungkin ada sejuta dollar. Kadangkala saya terpaksa memecahkan lantai untuk menyimpan wang itu, sama seperti bank simpan wang mereka di bilik kebal.”
“Ianya macam peti keselamatan, agak ironi kerana perompak bank pun takut wang mereka dirompak. Oh ya, ada tak kes perompak bank kena rompak?
Bagaimana ianya bermula
“Saya mulai merompak bank kerana ada saudara mara terdekat dan adik beradik saya terjerumus ke dalam organisasi jenayah.”
“Mereka tidak ada cara lain untuk keluar daripada hutang mereka. Kamu tahu kan, ianya soal hidup dan mati. Ada banyak kes di mana orang tak bayar hutang dengan peminjam wang ni, nyawa mereka melayang.”
“Bank pertama yang saya rompak adalah untuk membayar hutang hutang itu. Enam rompakan pertama lebih kepada terdesak dan kurang persediaan.”
Victimless crime
“Pada awalnya, saya merasakan bahawa rompakan bank adalah jenayah yang tidak ada mangsa. Di mana saya merasakan inilah jenayah terbaik untuk dilakukan. Saya merasakan bahawa saya telah merompak daripada institusi yang selama ini menindas orang awam.”
“Bank pertama yang saya rompak adalalah bank yang saya hentam je untuk rompak tanpa memilih.”
“Saya gunakan jalan tak ada tol menuju ke susur keluar ke Calabasas. Saya ikut jalan tu pun sebab saya nak cari tandas.”
“Saya park kereta, dan di depan saya ketika itu ada dua bank.”
Lihat flow
“Saya duduk memikirkan mana satu bank yang akan saya rompak. Saya kemudian melihat keadaan aliran orang ramai dalam bank itu. Saya kemudian pakai topi dan pakaian untuk merompak. Saya ada senjata bersama saya dan pergi ke arah bank.”
“Ketika saya menghampiri bank, ada dua perkara berlaku. Satunya, ada seorang wanita mengandung.”
“Saya berkata dalam hati, ahh, saya tak boleh masuk ke tempat yang ada wanita mengandung. Dia aka ketakutan dan bayi dalam kandungan mungkin akan terancam.”
“Saya pun patah balik. Ketika itu saya melihat di cermin kereta di situ, wajah saya sangat jelas sekali. Saya tak boleh pergi dengan wajah yang orang nampak dengan jelas.”
“Lalu saya pergi ke sebuah kedai, membeli maskara dan gam gajah diletak pada tangan. Supaya tak tertinggal cap jari.”
“Saya tak suka masuk ke bank dengan pakai sarung tangan, tu terang sangat tu. Dah la masa tu cuaca panas.”
“Saya membeli pistol replika, atau pistol angin macam tu la, yang sangat sangat nampak macam asli serta membeli beg besar.”
Menyesal dan menyerah diri
Cain akhirnya sedar bahawa perbuatannya itu harus dihentikan. Dan dia memikirkan keluarganya. Dia tidak boleh selalamanya meletakkan dirinya dalam risiko hidpu dan mati.
“Ketika perasaan waras saya tiba balik, saya mulai berfikir, bahawa saya tidak boleh bersembunyi di sebalik hidup dan mati. Bahaya yang besar sedang menanti saya.”
“Saya tahu, kalau saya terus melakukannya, saya akan tertangkap. Ketika saya memutuskan untuk menyerah diri, sudah tentunya saya maklumkan kepada keluarga saya dahulu.”
“Kemudian saya menghubungi peguam saya dan kami menelefon FBI.”
“Mereka mengalu alukan saya datang ke balai dan saya sendiri tak tahu selama ini mereka sudah memberikan saya nama.”
“FBI menyatakan mereka tidak menunggu saya di balai tetapi mereka pergi menangkap saya dengan rumah saya diserbu dan digeledah.”
“Satu penggeledahan besar besaran dilakukan di rumah saya, namun mereka tidak menemui apa yang mereka cari.”
“Sebelum daia [pegawai FBI] tu pergi, saya berbincang dengannya, dan menyatakan saya meminta sedikit masa untuk meluangkannya dengan keluarga.”
“Dan kemudian beritahu diam ketika saya sudah sedia, saya akan meyerah diri. Saya beritahu mereka lagi, jangan risau, saya tak akan lari.”
“Mereka benarkannya dan saya tunaikan kata kata saya dan menyerah diri. Itulah pengakhirannya.”
“Saya dan keluarga saya berpelukan. Saya menyerah diri dan berkata: ‘Ok semua, kehidupan saya baru sahaja bermula hari ini.”
“Di atas semua yang telah saya lakukan, saya cuba memperbaikinya, ataupun cuba memperbetulkannya. Sepanjang saya merompak, saya pernah bekerja dengan mangsa jenayah. Saya pernah bekerjasama dengan bekas penjenayah. Dan saya meminta maaf kepada semua mereka yang pernah tercedera kerana tangan saya ataupun kerana kelakukan saya. ”
“Saya bukan cuba untuk mengajak orang agar menyatakan bahawa: Oh dia sedang menjadikan benda salah menjadi betul. Saya sudah bekerja dalam khidmat masyarakat hampir 4 tahun. Saya melakukan kerja kerja sukarelawan 4 hari seminggu, 4 jam sehari dan membantu orang agar mendapat kembali kehidupan mereka.”