Lelaki Ini Sedia Ceraikan 4 Daripada 9 Isterinya, Namun Berlaku Kesulitan Dari Segi Perundangan

Seorang lelaki bernama Arthur O. Urso yang sebelum ini tular teruk ceritanya kerana berkahwin 9 mengakui dia berdepan kesulitan untuk menjaga rumah tangganya.

Urso menjaja kisah dia berkahwin dengan 9 wanita cantik. Dan dia menjadi influencer yang menjana sehingga $50,000 sebulan termasuk menerusi akaun Onlyfans.

Namun kini dia sedang merancang untuk menceraikan 4 daripada isterinya.

Urso merupakan lelaki yang menentang monogami di negaranya dan kerap melakukan kempen meraikan kebebasan cinta ataupun “celebrate free love”.

Namun dia berdepan kesukaran untuk melayan karenah 9 isterinya dan tekanan daripada masyarakat. Ye la, seorang pun kekadang payah nak handle ni kan pula 9 kan. Tu belum cerita lagi Urso tanya 9 isteri dia tu nak makan mana? Semua jawab, ikut abanglah. Lepas tu tarik muka masing masing.

Isteri pertama Urso, Luana Kazaki, merupakan kunci kepada perjuangan Urso berkahwin sampai 9. Luana memberikan kata kata semangat kepada Urso untuk memperjuangkan apa yang dia percaya iaitu kebebasan dalam cinta.

Di Brazil, berkahwin lebih seorang adalah tidak dibenarkan kerana undang undang katolik di negara itu. Namun Urso dengan Luana dengan selamber mengadakan kesemua perkahwinan mereka di gereja katolik di Sao Paulo.

Urso menyatakan kini dia bergelut untuk menjaga hati kesemua isterinya. Dia mengesahkan salah seorang daripada isterinya sudah tidak sehaluan dengan yang lain dan mengasingkan diri daripada kumpulan.

Urso kecewa dan menganggap sikap isterinya yang seorang itu sebagai tidak begitu bagus untuk tinggal sebumbung dengan yang lain.

Masalah juga timbul apabila Urso menyatakan bahawa cuma 4 daripada 9 isterinya yang dia kahwini secara sah. Yang lain tu boleh dikira sekadar pasangan hidup, dari segi undang undang.

Salah seorang isterinya terus meninggalkan rumah sebaik sahaja Urso menunaikan permintaan agar mengadakan majlis perkahwinan yang sebagai simbolik pada 2021.

Kini dia dalam proses menceraikan 4 lagi isterinya.

Urso turut menyalahkan jiran jirannya yang selalu berkasar dan membawang tentang isteri isterinya. Mengutuk cara hidup mereka sebagai tidak boleh diterima.

Ada juga yang menuduh isteri isterinya sebagai perempuan gatal, perempuan murahan.

Urso juga mendedahkan bahawa, sejak hari pertama dia dan isterinya pindah ke rumah mereka, jiran jiran mereka seringkali melemparkan kata kata cacian.

“Kami semua dalam ketakuta, dah tentu. Memula tu memang taku. Kamu duduk semeja dan bercakap untuk mengenalpasti masalah. Kami hidup bahagia. Biasalah tu ada gaduh gaduh sikit, sama seperti pasangan suami isteri yang lain,” kata Urso.

Tekanan orang ramai membuatkan beberapa isterinya mulai tidak tahan dan meminta berpisah atau bercerai. Urso benar benar tertekan untuk melayan karenah mereka.

Dan Urso akhirnya sedia menceraikan 4 daripada 9 isterinya itu. Ini kerana 4 orang tersebut ketika ini tinggal berasingan atas permintaan mereka.

Dia turut memuat naik gambar menunjukkan 4 cincin kahwin yang dikembalikan kepadanya.

Keadaan menjadi rumit kerana selain daripada isteri pertamanya yang sah di sisi undang undang, semua yang lain tidak berhak menuntut pembahagian harta ataupun bayaran alimoni.

Hal ini kerana, undang undang Brazil hanya mengiktiraf penceraian hasil daripada perkahwinan yang sah. Jika perkahwinan tidak sah, maka ianya tidak boleh dikira cerai, tetapi hanyalah perpisahan antara teman lelaki dan wanita atau pasangan kekasih.

Walaupun begitu dia bertekad untuk mencari pengganti yang baharu untuk isteri isterinya yang akan diceraikannya.

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan