Pernah mendengar istilah ibarat melepaskan anjing tersepit? Merujuk kepada perbuatan menolong orang yang tidak tahu mengenang jasa. Malah dia menyusahkan orang yang membantunya.
Itu bukti orang dulu dulu bukan main hentam je dalam menghasilkan peribahasa dan perumpamaan.
Seorang lelaki di UK, yang terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan seekor anjing yang kelemasan, berakhir di hospital selepas anjing itu menggigit mukanya dan kulit mukanya koyak.
Reece Taylor, 27, sedang berbasikal pulang dari gym apabila dia mendengar seseorang menjerit meminta tolong untuk menyelamatkan anjing mereka yang lemas.
Sebelum ketibaannya, seekor anjing bernama Bentley telah terjatuh dari tepi bot dan ke dalam air di Stesen Kapal Layar Norwich, di UK.
Tanpa berlengah, Reece menanggalkan seluarnya dan hanya menggunakan seluar dalamnya, terus melompat ke dalam sungai untuk menyelamatkan anjing itu.
“Saya dapat mendengar lelaki itu berkata ‘tolong bantu, anjing saya akan lemas’. Semasa saya membesar, ibu saya membuatkan rumah kami seperti tempat perlindungan haiwan tempatan – kami mempunyai anjing, kucing, arnab, burung merpati peliharaan, dan ayam belanda. Kami ada ‘semua’ jenis haiwan,” kata Reece kepada SWNS, menurut laporan Daily Mirror.
“Saya hanya memberhentikan basikal, menanggalkan seluar dan melompat terus ke dalam,” katanya.
Ditanya tentang kecederaan di mukanya, Reece berkata: “Saya awalnya tidak sedar kecederaan itu semasa bergelut di dalam air. Mungkin sebab adrenalin agaknya.”
Reece menerima beberapa jahitan di mukanya. Namun dia tidak menyalahkan anjing tersebut.
“Namun bukan salah anjing tu, dia kan ketakutan.”
“Saya gembira dapat menolong keluarg tersebut dan anjing yang cantik itu.”
Jade Lanigan dan Jacob Williams, pemilik anjing itu, mengucapkan terima kasih kepada Reece kerana membantu menyelamatkan anjing mereka.