Lelaki Jerman Tergelincir Kat Tangga Dapat Pampasan Kemalangan Tempat Ketika WFH

Bekerja dari rumah adalah perkara biasa yang baharu ataupun norma baharu. Jadi secara langsungnya, peraturan juga mungkin berubah.

Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki yang tergelincir dari tangga semasa berjalan dari katilnya ke komputernya.

Walaupun terdapat pertikaian tentang kecederaan itu dari segi tuntutan insurans. Namun akhirnya lelaki itu berjaya mengesahkan bahawa ia adalah kemalangan di tempat kerja selepas mahkamah memutuskan ia secara rasmi sebagai kemalangan di tempat kerja.

Berita ittu turut dikongsikan oleh bintang Friends di ruangan Twitternya.

Mahkamah mengklasifikasikan kemalangan itu sebagai kemalangan ketika berulang alik menunju tempat kerja. Di mana insurans akan melindungi seseorang pekerja yang sedang pergi atau balik dari tempat kerja.

Lelaki Jerman yang tidak dikenali yang bekerja dari rumah ini terjatuh dari tangga ketika berjalan dari bilik tidurnya ke ruang kerja ataupun pejabat peribadinya dan patah tulang pinggul.

Insurans majikannya enggan menampung tuntutan itu dan dua mahkamah rendah tidak bersetuju sama ada ia layak sebagai perjalanan ulang-alik ke tempat kerja.

Bagaimanapun, mahkamah sosial persekutuan – yang lebih tinggi di Kassel, yang menyelia isu keselamatan sosial, berkata ‘perjalanan pagi pertama dari katil ke pejabat rumah adalah laluan kerja yang diinsuranskan’.

The Guardian melaporkan, mahkamah mendengar pekerja itu biasanya akan mula bekerja di pejabat ‘segera tanpa bersarapan terlebih dahulu.’

Tetapi mereka berkata insurans itu hanya diberikan pada perjalanan ‘pertama’ ke tempat kerja, membayangkan perjalanan berikutnya untuk mendapatkan sarapan pagi dari pejabat tidak akan dianggap sebagai perjalanan ulang-alik.

“Plaintif mengalami kemalangan di tempat kerja apabila dia terjatuh dalam perjalanan pertamanya ke pejabat di dalam rumahnya pada waktu pagi,” tegas keputusan mahkamah.

Mahkamah menambah bahawa insurans kemalangan berkanun hanya terpakai untuk perjalanan “pertama” ke tempat kerja. Oleh itu untuk “perjalanan dalam perjalanan untuk mendapatkan sarapan selepas berada di pejabat rumah boleh ditolak,” kata laporan itu.

Tetapi lelaki itu berjaya membuktikan bahawa itu adalah perjalanan pertamanya dari bilik tidurnya ke pejabatnya di tingkat bawah.

Tidak jelas sama ada lelaki itu bekerja dari rumah kerana wabak itu atau memang sudah bekerja dari rumha sejak dulu lagi.

Keputusan itu mengatakan bahawa undang-undang terpakai untuk “jawatan telekerja”, yang merupakan “stesen kerja komputer yang ditubuhkan secara tetap oleh majikan di kawasan peribadi pekerja.”

Mungkin nampak kelakar. Tetapi kalau kes ini berlaku di negara kita, mungkin kes ini akan menjadi rujukan di mahkamah.

Baca yang lain