Lelaki Mengundi: Wanita Lebih ‘Seksi’ Pakai Jersi Bola Sepak Berbanding Pakaian Terdedah

Seksi itu benda yang subjektif walaupun untuk wanita, ianya biasa dikaitkan dengan pakaian yang terdedah dan tak cukup kain.

Tetapi di Eropah, satu bancian dilakukan pada lelaki.

Adakah mereka berpendapat wanita itu lebih seksi dengan hanya menggunakan lingerie ataupun lebih seksi kalau pakai jersi bola sepak.

Ternyata ramai silap selama ini menyatakan lelaki ni hanya memandang wanita itu seksi apabila berpakaian terdedah / revealing.

Dan keputusannya mengejutkan. Ramai lelaki yang mengundi wanita yang pakai jersi bola sepak jauh lebih seksi walaupun tak terdedah sana sini.

Lebih 1,900 orang lelaki menyertai kuzi ini, anjuran laman fesyen terkemuka – MyCelebrityFashion.co.uk.

Laman web yang popular di UK, dan juga di kalangan selebriti terkemuka.

Dalam bancian itu, mereka bertanya, mana lagi seksi, wanita yang separuh bogel ataupun hanya memakai jersi bola sepak.

Ramai yang lebih tetarik dengan wanita yang hanya memakai jersi, kerana ia lebih anggun dan menawan.

34% lelaki lebih suka kalau pasangan mereka memakai jersi pasukan bola sepak kegemaran mereka, termasuk jersi ragbi.

Sementara 23% lagi memilih wanita yang terdedah dengan hanya memakai lingerie/pakaian dalam – mungkin hasil daripada didikan majalah Avon ni.

21% lagi menyatakan mereka atas pagar. Mana – mana pun ok katanya.

Dan selebihnya lain-lain jawapan.

Pengarah Urusan MyCelebrityFashion berkata terkejut dengan hasil undian itu.

Beliau tidak sangka wanita yang ada banyak jersi bola sepak di wardrobe mereka sebenarnya lebih menawan di mata lelaki.

Beliau juga mendedahkan ramai lelaki yang mahu melihat pasangan mereka kalau boleh kat bilik tidur pun pakai jersi bola. Kerana ia lebih menawan dan menggoda.

Diharap perkara ini dapat memperbaiki reputasi lelaki di mata wanita yang menganggap lelaki lebih suka wanita yang berpakaian terdedah.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai