Lelaki Pinjam Kereta Lamborghini Kawan Bernilai RM1.2 Juta, Dan Rempuh Tembok Konkrit

Ianya adalah impian setiap orang di dunia terutama sekali lelaki untuk memiliki supercar.

Namun, ketika seorang lelaki membiarkan rakannya meminjam Lamborghini miliknya yang bernilai £215,000 ataupun sekitar RM1.2 juta, dia tidak tahu bahawa hari itu adalah hari untuk dia mengucapkan selamat tinggal kepada supercar itu.

Keadaan kereta itu boleh dikatakan total lost.

Dan pada hari itu juga nyawa kawannya itu hampir melayang.

Foto dan rakaman yang kemalangan Lamborghini itu telah viral dalam talian setelah berlakunya kemalangan yang mengejutkan di Sepanyol.

Lamborghini Huracan Performante berwarna hijau terang telah terbenam di dinding pencawang elektrik di Huelva, di barat daya Sepanyol.

Menurut laporan berita tempatan, pemandu kenderaan tersebut dan seorang penumpang telah melarikan setelah melanggar tembok.

Malangnya mereka tetap dikesan, apabila polis berjaya mengesan mereka di hospital berhampiran.

Dalam satu lagi rakaman yang dimuatnaik kemudian, Huracan Performante itu dilihat ditarik keluar dari runtuhan dinding, dengan bahagian depannya remuk.

Ketika polis kemudian bertanya kepada pemandu mengenai kemalangan itu, dia menjelaskan bahawa rakannya – lelaki terlalu baik hati – membenarkan rakannya meminjam keretanya.

Pemandu itu kemudian memandu kereta itu dengan penuh keghairahan serta sangat laju sebelum terlibat kemalangan itu pada pukul 7 pagi pada hari Ahad, 9 Ogos, seperti yang dilaporkan oleh Huelva24.com.

Pemandu kenderaan itu, yang tidak disebutkan namanya, kini disiasat kerana memandu secara melulu, setelah didakwa memandu laju dengan Lamborghini dan menyebabkan dirinya hilang kawalan kereta seterusnya merempuh tembok tersebut.

Polis menemui pemandu dan penumpang ketika mereka menerima rawatan di Hospital Juan Ramon Jimenez di Huelva.

Berdasarkan laporan media tempatan, mereka berdua hanya mengalami kecederaan ringan – serta agak bernasib baik, memandangkan keadaan teruk kerosakan pada kenderaan.

Ketika melihat kemalangan itu, beberapa penduduk tempatan memberitahu pejabat berita bahawa anggota bomba yang datang lokasi kejadian di stesen janakuasa terpaksa memotong bekalan elektrik ke rumah di kawasan perumahan mereka.

Ia kemudiannya dipulihkan semula, seperti yang dilaporkan oleh MailOnline.

Pemilik kereta serta pemandu yang meminjam keretanya dan juga penumpang diminta tampil memberikan keterangan mereka di balai polis.

Huracan Performante adalah beast sebenar bagi penggemar kereta sports, dengan kelajuan maksimum hampir 325kmj.

Ianya mencapai 100kmj hanya dalam masa 2.9 saat.

Sebab itu ada diciptakan sticker:  “Tengok boleh, pinjam sorry.” Lekatkan di kereta Lamborghini korang.

Baca yang lain