Lelaki Sengaja Bakar 8 Kereta Termasuk Bentley Untuk Dapatkan Pampasan Insurans

Polis telah meanahan seorang lelaki di sebuah hotel di sebuah pusat peranginan, Isnin lalu.

Ini selepas lelaki tersebut dipercayai dengan sengaja membakar 8 buah kereta – di dalam 3 kejadian berasingan – berhampiran sebuah kondominium di Jalan Putramas.

Suspek disahkan bahawa dia merupakan ejen insurans. Suspek 35 tahun itu disyaki akan cuba mengenalpasti pemilik kenderaan tersebut dan mensasarkan kereta mereka.

Dia kemudian akan berpakat dengan pemilik kereta untuk membakar kereta mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata modus operandi suspek adalah untuk mendapatkan komisen tuntutan insurans daripada pemilik kenderaan yang dibakarnya secara sengaja.

Dieptik dari Harian Metro, Nik Ros berkata:

“Kejadian pertama dilaporkan pada 9 Jun lalu membabitkan tiga kereta, manakala kejadian kedua pada 4 Julai lalu membabitkan tiga kereta dan kejadian ketiga pada 16 November lalu membabitkan dua kereta.”

“Semua kejadian itu berlaku antara 12.30 tengah malam hingga 4.30 pagi. Jumlah keseluruhan kereta yang dibakar adalah lapan membabitkan model Mercedes Benz, Bentley, Toyota, Perodua dan Nissan dianggarkan bernilai RM190,000,” kata beliau lagi.

Nik Ros Azhan menegaskan bahawa pihaknya bertindak atas maklumat, dan melakukan tangkapan terhadap lelaki tempatan berusia 35 tahun di hotel di Genting Highlands, Bentong, Pahang.

“Siasatan awal mendapati suspek terbabit menetap di Taman Kepong Baru, Kuala Lumpur dan bekerja sebagai ejen insurans.”

“Hasil soal siasat dilakukan kami mendapati modus operandi kegiatan suspek adalah mengenal pasti pemilik dan kemudian berpakat dengan mereka (pemilik) sebelum membakar kenderaan menggunakan gas kerosin untuk mendapatkan komisen tuntutan insuran,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya yakin berjaya menyelesaikan tiga kes kenderaan dibakar di kondominium Sri Putramas dengan penahanan suspek berkenaan.

“Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah berkaitan penipuan dan judi.”

“Suspek kini direman selama empat hari bermula semalam hingga 20 November ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.”

Diharap kita semua kekal berintergriti di dalam melakukan apa sahaja tugasan yang telah diamanahkan kepada kita semua. Bukannya mencari jalan singkat untuk mendapatkan wang dengan cara tak betul.

Baca yang lain