Lelaki Tendang Rider Foodpanda Wanita Sehingga Terduduk Didakwa

Semalam telah tular video seorang lelaki menendang wanita yang merupakan pekerja Foodpanda. Kejadian berlaku di di Bandar Puteri, Puchong.

Insiden yang berlaku kelmari itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham. Menurut sumber, dalam kejadian jam 4.10 petang, lelaki terbabit dipercayai tidak berpuas hati kerana wanita yang menunggang motosikal telah memotong ketika dia ingin membuat pusingan U.

Lelaki itu turut menunjukkan isyarat lucah kepada wanita tersebut.

Dalam video berdurasi 58 saat yang tular di laman Facebook, menunjukkan seorang wanita terjatuh akibat ditendang seorang lelaki.

Selain video tersebut, satu lagi video turut tular adalah tindakan seorang lelaki yang didakwa menendang wanita berkenaan.

Susulan kejadian itu, beberapa penghantar makanan dilihat berkumpul di hadapan premis terbabit menunjukkan protes.

“Akibat kejadian itu, lelaki terbabit menunjukkan isyarat lucah sebelum bertindak menolak mangsa. Mangsa turut ditendang sebanyak tiga kali di bahagian pinggang menyebabkan dia terjatuh. Pengawal keselamatan telah meleraikan insiden itu,” katanya.

Menurutnya, susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Puchong untuk tindakan lanjut.

“Kedua-dua individu berkenaan telah dirakam keterangan dan wanita berkenaan bersetuju untuk menyelesaikan kes tersebut secara baik serta menarik balik laporan polis yang dibuat,

Dalam pada itu dua rakaman video termasuk satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian itu viral di media sosial sejak petang semalam.

Polis mengesahkan bahawa lelaki itu akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, memberitahu media bahawa suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan isyarat yang mengaibkan kehormatan.

Datuk Fadzil Ahmat berkata: “Kita terima dua laporan polis berhubung kejadian itu, semalam masing-masing daripada seorang wanita pekerja penghantar makanan Foodpanda berusia 26 tahun dan seorang lelaki berusia 61 tahun.”

“Menerusi laporan polis dibuat wanita itu, kita jalankan siasatan dan kertas siasatan sudah dilengkapkan sebelum dirujuk kepada pihak pendakwa raya hari ini dan arahan telah dikeluarkan untuk menuduh lelaki itu.”

“Bagaimanapun, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan ke atas laporan yang dibuat oleh lelaki berkenaan.”

“Perlu diingatkan perbuatan itu adalah satu kesalahan jenayah yang boleh diambil tindakan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya lagi.

Sementara itu, insiden tersebut mendapat perhatian daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin.

Di mana beliau telah menyelar perbuatan tidak wajar lelaki yang mengasari wanita tersebut. Beliau menyifatkan ia sebagai perbuatan zalim dan harus dihentikan segera.

“Tindakan jenayah ini perlu dihukum setimpalnya.”

“Tindakan lelaki seperti yang dirakam dalam rakaman video berkenaan adalah suatu tindakan yang tidak wajar.”

“Ketika wabak melanda negara dan PKPB dilaksanakan, tuntutan mencari rezeki bagi menyara keluarga bukan lagi perkara mudah,” tegas beliau lagi.

Zuraida turut mengingatkan bahawa, penghantar makanan pun pekerja barisan hadapan.

“Pengorbanan mereka sungguh tidak terkira, sanggup bekerja meredah hujan lebat dan terik matahari semata-mata untuk memudahkan urusan orang ramai mendapatkan makanan, sekali gus membantu kempen dilaksanakan kerajaan Persekutuan iaitu #StayAtHome.”

“Saya meminta seluruh rakyat Malaysia, tidak kira walau di mana anda berada, tetaplah patuh kepada undang-undang negara dan terus menaruh sepenuh keyakinan kepada pihak berkuasa, khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyelesaikan isu ini dengan tertib dan aman.”

“Pada masa sama, marilah kita sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, terus saling menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Rujukan: BH Online

Baca yang lain