Lelaki Ini Ternak Lalat Untuk Telur, Dijadikan Makanan Utama Ayam Komersil

Sebutkan sahaja ‘lalat’, anda pasti membayangkan persekitaran yang kotor dan jijik. Ia sudah tentu membuatkan kita terbayang persekitaran yang tidak senang dipandang mata. Lebih dari itu, lalat juga adalah punca kepada pelbagai jenis penyakit berjangkit sepeti thphoid, diare, cholera, dan desentri.

Namun lain halnya dengan pekerjaan lelaki ini yang membiak lalat untuk tujuan penghasilan larva. Larva atau telur lalat ini tadi dihasilkan untuk dijadikan makanan dalam industri penternakan ayam secara komersil di Malaysia.

Larva lalat menjadi pilihan penternak kecil industri penternakan ayam kerana kosnya yang lebih murah. Bayangkan dedak yang kebiasaannya digunakan sebagai makanan ayam yang berharga sekitar RM2 -RM3 sekilogram.

Bagi penternak yang memelihara sehingga 2,000 ekor ayam, anda memerlukan sehingga 4 tan dedak dengan kos mencecah tidak kurang dari RM8,000 sebulan.

Disebabkan faktor itu, Suhaili Rapiai yang merupakan Pengasas Laman Akuakultur Komuniti (LAUK) mengambil inisiatif untuk mencari alternatif lain dalam memperkasakan industri penternakan ayam di negara ini – dengan menghasilkan larva lalat.

Namun lalat yang digunakan bukanlah sebarang lalat. Lalat yang digunakan untuk penghasilan makanan ayam ini adalah dari spesis ‘black soldier fly’ (BSF) atau lebih dikenali sebagai larva lalat askar hitam.

Penggunaan BSF untuk menghasilkan makanan ayam secara komersil sebenarnya bukan perkara baharu. Ia sudah digunakan secara meluas di luar negara.

Ini disebabkan larva yang dihasilkan oleh BSF mengandungi kandungan protein 40 peratus, dan lemak 32% lebih tinggi dari dedak. Ini menjadikan larva tersebut lebih sesuai untuk makanan ayam dan juga ikan.

Sumber: Harian Metro

Ketika bercakap kepada Harian Metro, Suhaili juga berkata kaedah pemakanan larva oleh ayam adalah lebih organik kerana kandungan haiwan itu yang mempunyai antibiotik dan vitamin semula jadi yang diperlukan untuk pembesaran ternakan.

“Untuk rumusan diet bagi menghasilkan sekilo daging ayam atau ikan, kira-kira sekilogram larva dan ia boleh diternak sendiri dengan kaedah tertentu,” ujar beliau.

“Berdasarkan pengalaman saya bersama penternak, bagi yang memilih menggunakan BSF dalam diet ternakan, mereka boleh meningkatkan pulangan sekitar 50 sehingga 100 peratus apabila menternak sendiri larva berkenaan,” katanya.

Difahamkan makanan alternatif menggunakan larva sememangnya sudah diamalkan di Malaysia sejak lima tahun lalu.

 

 

Baca yang lain