Lelaki Warga Indonesia Ini Memperkosa Ratusan Lelaki Di Manchester, 190 Serangan Seksual

Ini bukan benda yang kelakar sebenarnya. Mereka ini digelar sebagai binatang buas hamba seks ataupaun sexual predator.

Seorang lelaki warga Indonesia telah melakukan 159 kesalahan serangan seksual. 136 daripadanya adalah rogol.

Polis menganggarkan seramai 190 mangsa yang sudah menjadi korban nafsunya itu. Dan percaya ramai lagi tak diketahui identitinya.

Reynhard Sinaga didapati bersalah dalam 48 kesalahan membawa lelaki dari kelab malam ke rumahnya di Montana House, Princess Street, dan memperkosa mereka.

The Guardian bagi gelaran Peter Pan. Adoi. Kenapa mesti Peter Pan setiap kali kes macam ni.

Modus operandi Reynhard adalah dengan memberikan mangsanya dadah, kemudian memperkosa serta, merakam aksi tersebut. Dia ada kegilaan merakam dirinya sendiri.

Biasanya dia akan mengajak lelaki lelaki ini minum dahulu sikit sikit sebelum masuk tidur. Orang ingat dia ikhlas nak tumpangkan rumah. Sebab rumahnya dekat dengan kelab.

Keadaan rumah Sinaga ketika digeledah, ada air minuman yang digunakan mengumpan mangsa

Polis ada bukti yang cukup untuk mendakwa lelaki berusia 36 tahun itu.  Buat masa ini pihak pekdakwaan menyimpulkan Sinaga sebagai perogol yang paling prolifik di dalam sejarah Britain.

Tiada lagi rekod sebanyak ini dicatatkan di UK.

Penghakiman menolak hukuman mati. Sebaliknya meminta Sinaga menjalani hukuman penjara sekurang-kurangnya 30 tahun.

Reynhard Sinaga,  yang berasal dari Jambi, Indonesia dihukum penjara seumur hidup oleh pengadilan di Manchester.

Dia melakukan kesalahan dari Januari 2015 hingga Jun 2017.

Rakaman CCTV antara yang menjadi bahan bukti. Di mana Reynhard seringkali keluar daripada rumah pangsanya setiap malam untuk mencari mangsa.

Sinaga dalam keadaan bersedia

Dia akan pulang dengan membawa lelaki dalam keadaan mabuk dan khayal. Mangsa dia berusia sekitar 17 sehingga 30 tahun.

Laporan oleh BBC menyatakan, kebanyakan mangsanya dalam keadaan berdengkur ketika dirakamnya.

Dia mulai kantoi, apabila cubaannya untuk membius seorang mangsa tak menjadi. Mangsanya itu telah bertindak memukul Reynhard sehingga dia tak sedarkan diri.

Lelaki itu membuat laporan polis dan kes itu terbongkar. Ini kes yang sangat menggemparkan dunia.

Sinaga masuk hospital dan di situ, polis membuka telefonnya dan menemui banyak benda kurang senonoh.

Reynhard Sinaga adalah bekas graduan. Tapi tu la, dia memilih jalan yang teruk. Dia berhadapan dengan 4 perbicaraan berasingan.

Hasil daripada siasatan setakat ini, 136 daripada serangan seksual dilakukan Sinaga ini adalah rogol, 14 dikira cabul, dan satu lagi adalah serangan dengan memasukkan kelaminya. Eh babilah.

Hakim Suzanne Goddard, melabel Sinaga ni bukan Si Naga tetapi Syaitan dan binatang buas gila seks dan memburu mangsa di kalangan lelaki.

Lelaki yang menjadi mangsanya adalah lelaki yang baik dan hanya mahu menikmati ‘good night’ dengan kawan-kawan. Tetapi Sinaga memberikan mereka mimpi ngeri.

Keaadan bilik tidurnya sebelum makan penumbuk

Cilaker betul.

Lalu hakim menyatakan, Sinaga tidak boleh sama sekali dibenarkan berada di luar, dan perlu dipenjara. Hakim sudah menetapkan agar Sinaga dipenjara seumur hidup.

Kalau pun dia keluar suatu hari nanti, itu keputusan Jabatan Parol.

Cara dia melakukan aktiviti tak bermaruah itu sangat kejam sampai melibatkan bius agar mangsanya tidak tahu dan lupa apa yang telah berlaku.

Ramai yang ingat dia ni bukan binatang, kau tengok dia lari pun kepit.

Sinaga mempertahankan tindakannya dengan menyatakan semua hubungannya dengan lelaki dan aktiviti rakaman itu adalah atas dasar suka sama suka.

Dan dia memberitahu, yang tidur itu sebenarnya pura-pura tidur untuk rakaman.

Hakim mendapati hujah Sinaga adalah lemah. Malah polis menemui GHB yang merupakan dadah popular digunakan untuk melemahkan mangsa rogol.

Salah seorang mangsa Sinaga tampil di mahkamah dan berkata: “Si babinaga ni menghancurkan sebahagian hidup saya. Saya berharap binatang macam dia ni tak akan keluar dari penjara dan dihumban ke neraka.”

“Saya sampai trauma dan tak dapat bangun serta malu nak keluar untuk hari tersebut.”

Ada ramai lagi mangsanya mengalami kesan trauma yang kuat termasuk gangguan mental. Dan ada yang merancang untuk membunuh diri.

Lalu Hakim Goddard menambah satu lagi gelaran kepada Sinaga iatu raksasa.

Polis Manchester meminta mangsa-mangsa yang lain tampil, jika ada.

Sumber: BBC

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.