Lembaga Pengarah United Yakin Glazer Akan Jual Kelab Kepada Sheikh Jassim Berbanding Sir Jim Ratcliffe

Keluarga Glazer dilaporkan sudah berjanji kepada lembaga pengarah kelab itu bahawa mereka akan menjual kelab itu.

Dengan Sheikh Jassim kini dilaporkan akhirnya memintas Sir Jim Ratcliffe sebagai pilihan oleh keluarga Glazer.

Glazer sebelum ini lebih cenderung mahu menjual kelab kepada Sir Jim Ratcliffe. Kerana orang terkaya di Britain itu sedia mengekalkan saham Glazer secara minoriti di kelab itu.

Sementara itu Sheikh Jassim hanya mahukan pemilikan penuh.

Namun situasnya sudah berubah. Sir Jim Ratcliffe dikatakan sudah semakin berputus asa menunggu keputusan dari Glazer yang dianggap terlalu berlengah dalam urusan tersebut.

Glazer mengiklankan mahu menjual Man United sejak November 2022 lagi.

Namun sudah berapa kali Jumaat seperti yang mereka janjikan dulu, masih juga Man United tak dijual.

Penyokong semakin menyampah dengan Glazer yang dianggap sebagai parasit dalam kelab itu.

European Cup qualifier:
Chelsea v Manchester United
Manchester United owners, The Glazer family
Picture Graham Chadwick

Glazer bagaimanapun terus menyokong Erik Ten Hag dalam pembelian pemain. Selepas membeli Mason Mount dan Andre Onana, kelab mengesahkan pembelian Rasmus Hojlund.

Kesemua pemain itu menelan kos sekitar £170 juta.

Dan kini Glazer memfokuskan usaha untuk menjual kelab itu. Ianya dengan meletakkan tanda harga jual terus – ataupun klausa jual sekarang – yang bernilai £6 billion.

Jika Sheikh Jassim membayar wang itu kepada mereka, maka Glazer akan menyerahkan kelab itu kepada Sheikh Jassim.

Tetapi Glazer menyatakan bahawa proses penjualan itu akan diselesaikan pada November 2023 ini walaupun Sheikh Jassim membayar sekarang.

Sheikh Jassim sebelum ini keberatan membayar £6 billion itu. Dan sudah menghantar 3 bidaan ke kelab itu bermula £3 billion sehingga yang terakhir dilaporkan sekitar £5 billion yang dianggap – ambik atau tak jadi.

Glazer masih tidak memberikan jawapan mereka ke atas bidaan terakhir itu. Kerana masih berharap mereka akan mendapat £6 billion.

Namun mereka tidak juga menolaknya. Glazer kemudian menyatakan mereka sedia untuk terus kekal sebagai pemilik dan mencari rakan pelabur baharu.

Glazer teruk!

Sebelum ini salah seorang pembida Man United secara terbuka mengutuk cara Glazer mengendalikan penjualan kelab itu sebagai sangat teruk.

Billionaire dari Finland, Thomas Zilliacus antara individu yang membida hak membeli kelab Man United daripada Glazer.

Namun dia memutuskan untuk tidak meneruskan proses itu, kerana dia sangat kecewa dengan cara Glazer mengendalikan proses penjualan kelab itu sebagai huru hara.

Lantas Zilliacus melabel proses penjualan itu sangat huru hara dan tak terurus.

“Berapa bulan lagi kita nak disajikan dengan berita, penjualan Manchester United? Ini sudah menjadi salah satu proses penjualan kelab paling huru hara dalam sejarah.”

“Saya tak pernah melihat organisasi yang gagal membuat keputusan seteruk ini dalam sejarah.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di