Leny Yoro Buka Suara Selepas Pembedahan

Leny Yoro akhirnya mengeluarkan kenyataan setelah dia berjaya menjalani pembedahan baru baru ini.

Yoro mengalami kecederaan ketika aksi pra musim di Amerika Syarikat. Membuatkan dia terpaksa disisihkan untuk kira kira 3 bulan.

Pemain yang dibeli dengan nilai £58 juta termasuk bonus itu menarik perhatian peminat United kerana tampil cemerlang ketika membuat debut tidak kompetitif untuk kelab itu.

Malangnya, dia terpaksa berehat panjang kerana kecederaan yang melandanya. Dan petugas medikal Man United mencadangkan agar pemain itu ke bilik bedah untuk merawat kecederaan itu.

Pemain berusia 18 tahun itu berkata: “Ini bukanlah permulaan yang saya mahukan, namun inilah bola sepak. Pembedahan berjalan dengan lancar. Terima kasih di atas banyak sekali mesej sokongan.

“Sekarang, masa untuk terus bersabar dan kerja kerja pemulihan pula. Jumpa anda lagi, lebih kuat!”

Leny Yoro menyertai Man United setelah kelab itu berjaya mengatasi Real Madrid dalam persaingan mendapatkan bek tengah tersebut.

Leny Yoro dianggap bakat muda elit. Real Madrid gagal mencapai kesepakatan harga untuk pemain tersebut. Di mana kelabnya ketika itu, Lille meminta £50 juta harga tetap untuk pemain muda tersebut.

Real Madrid menegaskan bahawa mereka tidak akan membayar £50 juta untuk pemain muda, yang pada masa yang sama masih ada baki setahun dalam kontraknya.

Manchester United kemudian datang dengan tawaran yang sesuai dengan permintaan harga. United sedia membayar £50 juta secara tetap dan kira kira £8 juta lagi dalam bentuk bonus prestasi bagi membeli pemain yang sudah tampil di kesemua peringkat remaja dan belia untuk Perancis itu.

Ketika ini Manchester United masih berusaha untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Leny Yoro. Dengan mereka sedang berusaha untuk mendapatkan Matthij De Ligt dari Bayern Munich.

Pemain Belanda itu sebelum ini sudah menyatakan dia sedia menyertai Manchester United. Namun malangnya, United dan Bayern gagal mencapai kesepakatan harga untuk pemain tersebut.

Baca juga: Leny Yoro Sah Rehat 3 Bulan


Manchester United mengesahkan bahawa Leny Yoro akan berehat sekurang kurangnya 3 bulan selepas mengalami kecederaan pada aksi pra musim.

Berita ini bukan berita yang baik untuk Man United yang sudah melepaskan pemain seperti Raphael Varane.

Yoro baru menyertai Man United menerusi perpindahan bernilai £50 juta. Dan dia menunjukkan aksi cemerlang dalam perlawanan awal pra musim kali ini.

Namun dia mengalami kecederaan ketika menentang Arsenal. Di mana Leny Yoro terpaksa dikeluarkan awal. Ketika itu Ten Hag menegaskan bahawa dia yakin pemain itu tidak akan terlalu serius, dan masih menunggu laporan perubatan.

Beberapa hari selepas itu, gambar Leny Yoro dengan pendakap sokongan di kakinya tular. Membuatkan ramai mulai resah tentang status kecederaan pemain itu.

Dan terbaru United mengumumkan bahawa pemain itu harus menjalani rehabilitasi untuk pulih. Proses itu memakan masa sekurang kurangnya 3 bulan.

Yoro disahkan mengalami kecederaan di bahagian kakinya. Sementara seorang lagi pemain yang turut dikeluarkan awal dalam perlawanan yang sama, Rasmus Hojlund juga perlu berehat seketika. Hojlund mengalami kecederaan di bahagian hamstring dan perlu berehat sehingga 6 minggu.

Man United sebelum ini masih meneruskan pemburuan untuk mendapatkan Matthijs De Ligt. Dan dengan berita kecederaan Leny Yoro ini, pastinya mereka akan lebih terdesak mahukan pemain tersebut.

Sebelum ini United sudah mencapai kesepakatan secara peribadi dengan De Ligt namun kedua dua kelab pula tidak dapat mencapai kesepakatan harga.

United sedia membayar £30 juta untuk De Ligt namun Bayern Munich mahukan £50 juta untuk pemain itu.

Rundingan antara kedua dua kelab masih aktif menurut laporan sebelum ini. Kerana Ten Hag mahukan pemain itu berada dalam pasukannya.