Leon Bailey Kutuk JFF Sebagai Persatuan Yang Teruk

Bintang Aston Villa, Leon Bailey benar benar terbuka dalam mengecam Persatuan Bola Sepak Jamaica / JFF sebagai persatuan paling teruk dan kelakar.

Leon Bailey tidak dipanggil untuk tugasan kali ini sebagai hukuman kerana pemain itu melakukan kesalahan disiplin sebelum ini. Di mana dia dilaporkan keluar tanpa kebenaran dari kem latihan.

Tindakan pengurus Heimir Hallgrimsson itu dianggap sangat berani memandangkan Jamaica akan berdepan dengan USA dalam aksi separuh akhir Liga Negara Negara Concacaf.

Dan pemain itu bercakap dalam satu sesi podcast mengecam JFF.

Dia mendedahkan bahawa JFF adalah persatuan paling teruk dan tak profesional. Bailey kedengaran agak menyesal memilih mewakili Jamaica. Kerana dia juga boleh mewakili negara itu pada 2018.

Menamatkan spekulasi bahawa dia mungkin akan mewakili England pada masa itu. Dia juga boleh mewakili Amerika Syarikat berdasarkan peraturan Homegrown kerana dia bermain di sana ketika di peringkat akademi.

Bailey kini mendedahkan bahawa JFF persatuan yang teruk. Di mana mereka seringkali buat kerja pada minit akhir.

Seterusnya pernah berlaku di mana pemain lelaki diberikan jersi wanita. Kesilapan seperti itu dianggap Bailey sangat tidak masuk akal.

Bukan itu sahaja, dia sudah lama tidak mendapat bayaran elaun daripada JFF sebagai ganjaran dia bermain untuk skuad kebangsaan. Dia sendiri tidak pasti ke mana wang itu pergi.

Bagi pemain seperti Bailey, dia mungkin tidak kisah sangat dengan wang bonus tersebut. Namun dia memikirkan beberapa pemain lain yang bergaji kecil di Jamaica yang pastinya mahu merasai wang bonus tersebut.

Bailey merumuskan JFF sebagai tidak tahu cara beroperasi sebagai sebuah organisasi pentadbir bola sepak.

Bailey berkata: “JFF, mereka sangatlah tidak profesional. Kamu hanya akan mendapat jadual penerbangan kamu pada 11 malam ketika kamu sepatutnya sudah tidur [sebagai pemain profesional].

“Saya tidak ingat bila kali terakhir saya merasai wang dollar dari pasukan kebangsaan Jamaica. Apabila saya kata mereka sangat tidak profesional, mereka memang teruk, mereka tiada kelengkapan untuk kamu pemain.

“Kamu cuma diberikan sehelai sahaja jersi ketika berada dalam tugasan kebangsaan. Dan di mana pernah berlaku di mana kamu berada di bilik persalinan dan mendapati kamu diberikan jersi wanita. Itu mengarut sangat dah.

“Setiap kali saya berada di sana, saya dapati mereka seperti tidak tahu beroperasi. Ketika saya pergi sana, saya rasa terlalu tiada privasi, semua orang boleh bawa kamera dan rakam depan muka saya.”

Baca yang lain