Leonardo: Penyakit Aneh Ronaldo Pada Piala Dunia 1998 Ganggu Kem Brazil

Pada 12 Julai 1998, perlawanan Akhir Piala Dunia, Brazil dan Perancis menyerahkan teamsheet pasukan kira kira 72 minit sebelum sepak mula. Pengadil Said Belqola ( Pengadil Afrika pertama mengadili perlawanan Akhir World Cup) menerima list yang tidak menyenaraikan nama Ronaldo.

Sesuatu yang aneh telah berlaku apabila Ronaldo gagal turun ke padang untuk sesi latihan akhir sebelum perlawanan telah disenaraikan dalam team list. Belgola, terkejut apabila Ronaldo disenaraikan di saat saat akhir. Brazil tewas 3-0 dan Ronaldo hanta menjadi pedestrian di dalam padang menyaksikan Zidane and Co.

Sedangan Zidane melonjak dan berlari ke sana sini membayangi Ronaldo yang ketika itu dianggap bintang utama.

Zidane mencuri tumpuan daripada Ronaldo di hadapan seluruh dunia, di negara Zidane sendiri.

Ronaldo tidak seperti sebelumnya. Dia tidak menunjukkan karakter yang sebenar.

Apa masalah R9?

PR pasukan Brazil mendedahkan Ronaldo telah cedera buku lali ketika itu. Ia disusuli cerita baru yang menyatakan penyerang itu mengalami sakit perut. Lebih banyak cerita keluar, termasuk keracunan makanan dan juga masalah peribadi dia dan kekasihnya Susan Werner.

Akhirnya, kebenaran yang mengejutkan didedahkan oleh doktor pasukan Brazil Lidio Toledo. Ronaldo telah dikejarkan ke hospital selepas mengalami konvulsi (kejang) ketika tidur, satu malam sebelum perlawanan akhir.

Ronaldo berkata : “Saya tidak ingat apa yang berlaku tetapi saya pergi untuk tidur dan seperti doktor nyataka, ia seolah-olah berlaku cuma 30 atau 40 saat.”

Leonardo: Keadaan Ronaldo mengganggu kami secara mental

Bekas pemain AC Milan, Leonardo mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku kepada Ronaldo Luiz Nazario de Lima pada hari sebelum perlawanan akhir Piala Dunia 1998 di Paris, antara tuan rumah Perancis dan Brazil. Ketika itu, penyerang berkepala botak itu diserang secara tiba-tiba sebelum tidur di hotel pasukan.

Leonardo merupakan antara pemain yang hadir ketika kejadian menjelang perlawanan akhir Piala Dunia 1998. Seperti yang diketahui, sehingga kini apa yang sebenarnya berlaku masih belum dijelaskan sepenuhnya termasuk mengapa pasukan media kemudiannya menganggapnya sihat dan membenarkannya bermain.

“Ronaldo ketika itu hendak tidur sebentar, hari perlawanan akan dimainkan, begitu juga dengan kami. Apabila dia tidur, di situlah dia diserang sawan. Roberto Carlos yang berada dalam bilik yang sama dengannya kemudian berlari meminta pertolongan, ” Leonardo memberitahu Corriere dello Sport.

“Kami semua bergegas menemuinya ketika itu. Selepas sawan, dia tertidur. Kemudian doktor memeriksanya, dan membuat kesimpulan bahawa tiada penyakit berbahaya. Ronaldo kemudian bangun pada pukul 5 petang dan masih tidak tahu apa yang berlaku. Akhirnya dia dibawa ke hospital. Di antara kami bertemu Edmundo yang disangka boleh bermain.”

“Kami sudah berada di stadium untuk memanaskan badan semasa Ronaldo masih di dalam kereta. Dia berkata dia okey. Dia mahu bermain. Kemudian dia masuk ke bilik dengan jurulatih, dan datang ke padang 20 minit kemudian dan bermain,” Sambung Leonardo.

Pada masa itu, menurut Leonardo, pemain Brazil tidak benar-benar memanaskan badan. Manakala Ronaldo sendiri memanaskan badan di bilik persalinan.

“Bayangkan bagaimana pemikiran kami ketika itu. Kami tertanya-tanya sama ada dia akan datang bermain atau tidak, bermain atau tidak, boleh bercakap atau tidak. Keadaan sangat huru-hara sekarang. Tidak hairanlah kami dibelasah tiga gol tanpa balas oleh Perancis,” tambah Leonardo.

KEMBALI MENGGANAS DAN KECEDERAAN

Ronaldo, yang seolah-olah tak terganggu langsung dengan kegagalan di Piala Dunia apabila krmbali ke Inter untuk musim 99/00 dengan 14 gol dalam 19 . Namun pada November 1999, tragedi melanda Ronaldo sekali lagi, apabila pecah tendon di lututnya semasa perlawanan Serie A menentang Lecce.

Ia memang kecederaan paling ditakuti mana mana pemain yang jenis sprinter. Dia out selama 5 bulan selepas pembedahan. Dia berjaya kembali pada perlawanan akhir Coppa Italia menentang Lazio, tetapi kesannya lebih parah apabila dia diusung keluar padang hanya selepas 7 minit di atas padang. Ligamen lututnya pecah untuk kali kedua.

MAHU KE WORLD CUP 2002 SECARA VICE VERSA

Selepas berehat lebih satu tahun , Ronaldo dikatakan menghubungi pengurus Brazil, Luiz Felipe Scolari untuk memasukkan beliau dalam skuad untuk Piala Dunia 2002 di Jepun / Korea. Kira macam pakai kabel la ni.

Dia merayu dan akhirnya Scolari menyenaraikan nama beliau. Ia adalah janji yang benar benar dikotakan Ronaldo.

Dia menjadi pemusnah Jerman di final dan menjaringkan 8 gol dalam kejohanan itu. Adalah tidak dapat bayangkan jika Scolari tak memberikan vice versa kepada si rambut ‘Pekan’ ini. Ia tiba tiba menjadi Piala Dunia Ronaldo yang sebenar setelah ‘dirampas’ Zidane pada 1998.

Pada kejohanan kali ini beliau memenangi kasut emas, dan pemenang bola perak (anugerah pemain kedua terbaik pertandingan) di belakang Oliver Kahn.

Ronaldo pastinya diingati sebagai salah seorang bintang penting generasi emas Brazil era 90-an dan awal 2000-an.

Baca yang lain