Leonardo Suruh PSG Lepaskan Saja Mbappe: “Dia Tak Bagus Sangat Pun”

Bekas Pengarah Sukan PSG yang dipecat kerana Mbappe sebelum ini, Leonardo tampil membidas pemain itu.

Dia melabel Mbappe tidaklah bagus sangat seperti yang digembar gemburkan.

Tahun lalu, Leonardo dan Mauricio Pochettino dipecat oleh PSG. Ini selepas Mbappe tidak menyukai kedua dua mereka.

Mbappe ketika itu sudah setuju syarat menyertai Real Madrid. Nasser Al Khelaifi terdesak mahukan Mbappe terus kekal.

PSG ketika itu memujuk Mbappe untuk kekal telah setuju mendengar pandangan Mbappe tentang perkara berkaitan jual beli pemain dan juga berkaitan perlantikan jurulatih dan Pengarah Sukan.

Mbappe menganggap Leonardo bermasalah dan dia mencadangkan nama Luis Campos yang pernah menemui bakatnya ketika di Monaco.

PSG kemudian memecat Leonardo dan kemudian diikuti oleh Pochettino.

Kini Mbappe mahu meninggalkan kelab itu dengan tidak mahu melanjutkan kontraknya.

Meletakkan PSG dalam situasi sukar. Kerana mereka berisiko untuk kehilangan Mbappe secara percuma. Pada masa yang sama terpaksa membayar €150 juta pampasan jika Mbappe dijual tanpa kerelaannya.

Mbappe juga berhak menuntut bonus kesetiaan pada Julai 2023 dengan syarat dia terus kekal bersama PSG musim ini.

Pemain itu sedia untuk kekal sehingga kontraknya berakhir pada musim ini. PSG pula mendesak Mbappe berpindah dan mahu menjualnya.

Mbappe buat masa ini sudah menyatakan dia mahu kekal sehingga kontraknya berakhir dan sanggup menjadi pemain simpanan mati sekalipun.

Leonardo yang geram dengan karenah Mbappe menyifatkan pemain itu mengada ngada dan tidak sebagus yang disangka.

“Mbappe tak ada la bagus sangat pun. Dia tak membantu PSG menang [piala seperti UCL] pun setakat ini.”

Leonardo meminta PSG jangan takut tidak dapat menang UCL jika Mbappe menyertai kelab lain. Kerana menurut pengamatan beliau, kelab kelab yang menjuarai UCL sejak Mbappe di PSG adalah kelab kelab yang tidak ada Mbappe.

Jadi, Mbappe bukanlah jaminan untuk memenangi UCL.

“Dia sudah berada di Paris untuk enam musim. Lima kelab berbeza memenangi UCL pada tempoh itu dan tak ada satu pun kelab itu yang ada nama Mbappe.”

“Jadi, ianya perkara yang sangat tidak mustahil untuk memenangi UCL tanpa Mbappe.”

Walaupun Leonardo menjadi mangsa kutukan Mbappe, namun dia adalah individu yang penting memujuk Neymar terus kekal selepas pemain itu meragam mahu pulang ke Barcelona pada 2019.

Mbappe kini sudah bertekad mahu pergi. Dia malah mengutuk PSG sebagai kelab berpecah belah dan masing masing mengejar objektif individu berbanding sasaran secara berpasukan.

Perkara yang Mbappe anggap tak akan membantunya dalam usaha dia mahu memenangi Ballon d’Or.