Noni Madueke akhirnya tampil memohon maaf selepas menghina Wolverhampton sebagai tempat najis sebelum sepak mula aksi Chelsea dengan Wolves.
Setelah dia mencetak hatrik dia membuat u turn menyatakan sebenarnya bandar Wolverhampton cantik dan menawan. Mana tidaknya, dia akan ingat bandar ini sampai bila bila apabila dia mencetak hatrik EPL pertamanya bersama Chelsea di sana.
Kontroversi tercetus: Semalam, memuat naik status di IG pemain tersebut menerima banyak kecaman daripada peminat Wolves yang mahu memberikan di layanan panas ketika di stadium.
Noni Madueke menulis di IG miliknya bahawa dia tidak suka berkunjung ke Wolves kerana tempat itu berbau busuk dengan bau kumbahan najis.
Dia berkata: “Segalanya di tentang tempat ini adalah najis.”
Madueke menerima banyak kecaman hanya beberapa minit dia memuat naik status tersebut dan segera memadamkannya.
Dia seterusnya mendapati bahawa dia tersilap up status di akaun Instagram rasminya. Dia menggambarkan sebenarnya dia mahu memuat naik status itu di IG yang lain. Lalu dia berkata: “Mamposlah, silap akaun IG pula, korang ni cepat gila.”
He deleted it and put this up… pic.twitter.com/rrtP8IOyv9
— 𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐎𝐋𝐅𝐏𝐀𝐂𝐊™️ (@Wolfpackwwfc) August 24, 2024
Peminat Chelsea sempat mengingatkan Noni Madueke untuk pastikan pasukan mereka menang atau dia akan mendapat troll yang teruk di media sosial kalau kalah.
Pemain itu ternyata berjaya membantu Chelsea pulang dengan 3 mata. Dengan aksi berkelas dunia mencetak hatrik dalam perlawanan tersebut.
Chelsea menang 6-2 dan ini adalah aksi terbaik Madueke dalam kariernya bersama dengan Chelsea setakat ini.
Selepas tamat perlawanan, dia meminta maaf kepada semua yang tersinggung dengan statusnya di IG. Menurutnya dia cuma mahu bermain main dengan banter atau troll, dengan akaun media sosial yang satu lagi atau alter ego tetapi tersilap letak di akaun rasmi.
Madueke menyatakan bahawa Wolverhampton bandar yang hebat dan cantik. Dia mengakui kesilapannya dan sebagai manusia dia tak lari daripada kesilapan katanya.
“Kepada semua yang terasa hati dengan kenyataan saya sebelum ini saya meminta maaf. Ianya kesilapan seorang manusia biasa. Satu perkara yang tak sengaja. Saya tak bermaksud langsung untuk berkata begitu di media sosial. Dan saya sangat pasti bahawa Wolverhampton adalah bandar yang cantik, dan minta maaf semuanya.”
Chelsea berjaya menunjukkan salah satu aksi terbaik mereka dalam beberapa musim kebelakangan ini. Cole Palmer dan Nonie Madueke benar benar ‘memasak’ dalam perlawanan ini.
Saksikan rangkuman aksi antara Wolves dan Chelsea di sini: