L’Equipe Nasihatkan PSG Waspada, Kerana Mbappe Berpotensi ‘Scam’ Kelab Itu

Portal bola sepak Perancis yang popular, L’Equipe memberikan nasihat kepada PSG bahawa mereka harus waspada bahawa Mbappe boleh menyakitkan mereka sekali lagi walaupun pemain itu dikatakan berjanji dengan Nasser Al Khelaifi dia tak akan meninggalkan kelab itu secara percuma.

Bermakna Mbappe sedia melanjutkan kontrak di PSG untuk membolehkan dia hanya meninggalkan kelab itu dengan cara kelab menerima bayaran.

Mbappe sebelum ini menolak untuk melanjutkan kontrak dengan PSG. Dan pada masa yang sama tidak mahu dijual ke Al Hilal.

Namun kini pemain itu telah menjernihkan hubungannya dengan Nasser Al Khelaifi yang merupakan presiden PSG.

Mbappe dikembalikan semula ke dalam pasukan utama dan dibenarkan terlibat aksi Ligue 1 hujung minggu ini.

Nasser Al Khelaifi mengumumkan kepulangan Mbappe dalam sesi latihan pasukan dan berkata: “Kylian komited untuk PSG. Selamat kembali Kylian.”

Al Khelaifi memberitahu wartawan bahawa terdapat sedikit salah faham antara dia dan Mbappe dan ianya sudah diselesaikan sebaik sahaja mereka bercakap secara bersemuka.

Dan hasil daripada pertemuan itu, Al Khelaifi yakin Mbappe akan melanjutkan kontraknya di PSG. Kenyataan ini membuatkan kem Real Madrid sudah sedia untuk terlepas peluang untuk mendapatkan Mbappe secara percuma.

Malah kem Real Madrid sedia membuat bidaan membeli Mbappe pada Januari 2024, jika pemain itu masih belum melanjutkan kontraknya pada masa itu.

PSG benar benar yakin Mbappe akan melanjutkan kontrak dengan kelab mereka.

Namun begitu, L’Equipe mengingatkan kelab itu bahawa, sebelum ini Mbappe pernah scam mereka dengan tidak menekan klausa lanjutan automatik setahun lagi sehingga 2025 dalam kontrak 2+1 tahun itu.

Dan laman bola sepak itu menegaskan bahawa Mbappe sebenarnya masih tidak memberikan jaminan dia akan melanjutkan kontrak dengan PSG.

Dia cuma mahu menjernihkan dahulu keadaan di PSG dan mahu kembali bermain.

Portal yang sama menyebut, sebenarnya dalam pertemuan antara Al Khelaifi dengan Mbappe, kedua dua pihak langsung tidak membincangkan tentang kertas cadangan untuk lanjutan kontrak baharu.

Bermakna, ketika ini, kertas lanjutan kontrak itu masih tidak dibentangkan kepada Mbappe.

Cuma Al Khelaifi sedia memasukkan klausa pelepasan khas pada 2024 dalam tawaran yang mereka akan kemukakan kepada Mbappe yang disebut ‘exit clause’ yang memudahkan pemain itu pergi ke kelab dia suka pada 2024 dengan harga yang dirasakan munasabah oleh kedua dua pihak.

Jadi, Real Madrid sebenarnya masih ada peluang yang besar untuk mendapatkan Mbappe secara percuma musim hadapan. Lebih lebih lagi, kelab Sepanyol itu dikatakan sedia membuat bidaan pada Januari ini.

Ianya lebih kepada isyarat kepada Mbappe tentang tawaran peribadi mereka kepada pemain itu dan kemudian membuatkan pemain itu dalam dilema dan boleh jadi akan menolak tawaran di PSG.

PSG sebelum ini yakin ada kesepakatan di belakang mereka antara Mbappe dan Madrid. Namun pemain itu sentiasa menafikannya.