Lestile Tebogo Tewaskan Noah Lyles Dalam Final 200 Meter, Dia Hampir Bersara Beberapa Bulan Lalu

Pelari muda Bostwana, Letsile Tebogo memperoleh pingat emas pertama Botswana dalam Sukan Olimpik Paris dengan memenangi acara pecut akhir 200m lelaki pada Khamis.

Kejayaan Tebogo itu adalah yang pertama dalam sejarah negaranya dan benua Afrika untuk acara 200 meter. Dan ianya bukan kejayaan yang mudah dicapai oleh pelari muda itu.

Kerana dia hampir sahaja bersara awal daripada acara olahraga kerana kematian ibunya sebelum ini. Selain itu Tebogo bukanlah pilihan utama untuk memenangi acara ini.

Namun begitu dia tetap menjadi peserta tumpuan kerana kejayaannya memenangi gangsa di kejohanan dunia di Budapest sebelum ini.

Ternyata tuah memihak kepada pelari berusia 21 tahun itu, apabila dia berjaya mengatasi cabaran daripada peleari Amerika Syarikat, Kenneth Bednarek dan Noah Lyles untuk menang dalam masa 19.46 saat di Stade de France.

Bednarek mendapat perak dalam 19.62 dan gangsa Lyles dalam 19.70. Lyles merupakan pilihan untuk menenangi acara ini setelah memenangi acara 100 meter pecut sebelum ini.

Tebogo mendedahkan bahawa dia langsung tidak ada tekanan dalam aksi final ini. Hanya memikirkan untuk menamatkan larian dengan sebaiknya agar dia tidak menyesal. Itu sahaja. Sama ada menang pingat atau tidak, itu bukan perkara penting untuk Tebogo. Yang penting dia mahu memberikan aksi terbaiknya.

Namun Tebogo mencuri perhatian dunia dengan kemenangan luar biasa. “Ia benar-benar satu perlumbaan yang indah untuk saya,” kata Tebogo.

“Apabila saya berjaya ke final, jurulatih saya hanya memberitahu saya, sekarang tugas saya sudah selesai, terpulang kepada anda untuk melihat apa yang anda boleh lakukan. Sama ada pingat atau tidak, selesaikan perlumbaan dengan sebaiknya. Itu sahaja yang saya mampu lakukan [tanpa memikirkan sasaran pingat].

“Saya harap saya gembira ketika saya menamatkan perlumbaan dengan lebih sihat daripada sebelumnya.

Masa Tebogo adalah rekod Afrika dan keempat terpantas dalam sejarah Olimpik. Dia mendedikasikan kejayaan itu kepada mendiang ibunya, berkata kematiannya pada Mei menyebabkan dia mempersoalkan masa depannya dalam sukan itu.

Dia kehilangan peminat dan penyokong nombor 1 dalam kariernya. Tetapi dia gagahkan langkah untuk terus berada di landasan kariernya.

“Pada asasnya saya membawa ibu saya melalui setiap langkah yang saya ambil,” katanya.

“Saya mengambil masa kira-kira tiga minggu hingga sebulan tanpa melakukan apa-apa [kerana sedih]. Ia tidak menggembirakan saya bahawa dia benar-benar pergi selama lamanya. Bagi saya, saya perlu mencari sebab mengapa saya memulakan perjalanan olahraga saya dan mengapa saya perlu meneruskannya.

“Tetapi saya benar-benar berterima kasih kepada pasukan di sekeliling saya. Mereka benar-benar mendorong saya melalui sukar dan sulit ini. Kami mengalami pasang surut, tetapi kami hanya memastikan bahawa kami berjaya dan berjaya juga sampai ke Sukan Olimpik.”

Tebogo menyerlah ke persada antarabangsa tahun lalu dengan meraih perak dalam acara 100m dan gangsa dalam 200m pada kejohanan dunia di Budapest.

Lyles, yang menyasarkan untuk menjadi pelari ke-10 dalam sejarah Olimpik untuk memenangi kedua-dua acara 100m dan 200m pada temasya yang sama, menerima rawatan di trek selepas mendedahkan dia telah didiagnosis dengan COVID-19 pada hari Selasa.

Dia segera mendapatkan rawatan sebaik sahaja tamat acara itu. Lyles pada aksi separuh akhir turut gagal memenangi saringannya. Namun ia bukan masalah untuk Lyles, kerana sebelum ini dalam acara 100 meter dia turut gagal memenangi saringan separuh akhir, Tetapi dia berjaya memenangi perlumbaan sengit di mana dia hanya menang beberapa detik sahaja berbanding Kishane Thompson dari Jamaica.