Levy Jamin Harry Kane ‘Confirm’ Akan Menang Trofi Bersama Spurs

Daniel Levy menegaskan bahawa Harry Kane adalah legenda sebenar di Spurs. Walaupun pemain itu memiliki kemarau trofi yang sangat panjang untuk seorang pemain yang menjaringkan sangat banyak gol.

Daniel Levy malah berharap suatu hari nanti akan ada tugu Harry Kane tersergam di hadapan kompleks stadium Spurs.

Levy turut optimis bahawa Harry Kane akan memenangi piala bersama Spurs selepas ini.

Levy berkata begitu, selepas Kane dikatakan mungkin akan meninggalkan kelab itu untuk memenangi trofi.

Tetapi Levy berpendapat, jika itulah alasan Kane mahu pergi, lebih baik dia kekal sahaja di Spurs. Kerana pemain itu dijamin akan memenangi trofi bersama kelab itu selepas ini.

Levy sedar bahawa Kane menjadi perhatian kelab besar seperti Man United dan Bayern Munich.

Tetapi Levy optimis bahawa Kane akan terus kekal bersama kelab itu.

Levy berkata: “Kane sudah pasti akan menang trofi di Spurs.”

“Menjadi legenda kelab ini juga penting. Dia merupakan penjaring terbanyak dalam sejarah kelab Spurs — dia sedang mencipta sejarah.”

“Saya berharap suatu hari nanti, ada tugu Harry Kane di luar stadium kami.”

Kane masih belum melanjutkan kontraknya di Spurs. Dengan Levy sudah sedia untuk melakukan apa sahaja mengekalkan pemain itu bersama mereka.

Spurs masih mencari pengurus tetap baharu. Dan ianya penting untuk meyakinkan Harry Kane tentang projek di kelab itu pada musim hadapan. Sekaligus memujuk pemain itu agar terus kekal.