Robert Lewandowski kini tampil mengkritik La Liga pula. Sebelum ini dia mengkritik taktikal Xavi Hernandez yang menurutnya tidak cukup menyokong permainannya sebagai penyerang.
Dia mengambil contoh, ketika ada pemain seperti Ferran Torres dan Ansu Fati berada di padang, pasukan Barca akan lebih banyak mencipta peluang.
Ansu Fati kini sudah ke Brighton secara pinjaman. Namun Lewandowski berharap sistem permainan mereka akan lebih ramai pemain serangan.
Lewandowski berkata: “Sejak akhir akhir ini, ianya tidak seperti yang sepatutnya. jadi kami bergelut untuk mencipta lebih banyak peluang dalam perlawanan.”
“Apabila kami melihat Ansu atau Ferran masuk, dua pemain yang akan pergi menyerang, kami akan mencipta lebih banyak peluang.”
“Kadangkala kami tidak bermain dengan pemain serangan yang cukup. Dan saya tidak mendapat sokongan.”
“Jadi saya cari sendiri solusi terbaik untuk pasukan.”
Robert Lewandowski says he 'doesn't have support' at times in Xavi's Barcelona attack 😮 pic.twitter.com/VmhOrdxCVW
— ESPN FC (@ESPNFC) August 30, 2023
“Saya fikir dengan pengalaman saya, apabila saya mengenali badan saya, saya mencari penyelesaian terbaik bukan sahaja untuk saya, tetapi juga untuk pasukan ini.”
“Saya sedar kadangkala, jika saya berada di antara dua pertahanan tengah, ia lebih mudah untuk pemain pertahanan.”
“Dalam banyak permainan, saya tidak mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol. Dalam dua perlawanan terakhir saya tidak mempunyai banyak peluang, saya tidak menerima banyak bola, jadi kadang-kadang saya terpaksa mencipta peluang untuk diri saya sendiri.”
Ternyata kritikan Lewandowski tidak pada Xavi sahaja, kini pemain itu mengecam mutu La Liga yang menurutnya agak membosankan.
Hal ini kerana mutu pengadilan yang teruk di La Liga membuatkan banyak pasukan bermain dengan bola sepak negatif.
Pengadil suka menghentikan permainan pada masa yang tidak tepat. Dan pada masa yang sama terlalu banyak kesilapan ketika pengadilan membuatkan banyak pasukan tidak mahu mengambil risiko untuk bermain di high line atau bermain dengan serangan yang melibatkan ramai pemain.
Akhirnya banyak pasukan memilih bermain dengan cara klasik dan pragmatik.
Kapten kebangsaan Poland itu berkata: “La Liga bukan liga yang ofensif dan tidak menarik. Pengadil di Sepanyol telah membunuh kualiti dan keseronokan liga ini.”
“Saya tidak sangka pasukan dalam liga Sepanyol begitu tiada keinginan untuk bermain bola sepak [suka park the bus].”
🚨🎙️| Robert Lewandowski: “La Liga is not offensive and attractive. Spanish referees KILL the league.” [@Meczykipl] #fcblive 💣 pic.twitter.com/8yRmzdcT5U
— BarçaTimes (@BarcaTimes) September 2, 2023
Adakah anda setuju dengan komen Robert Lewandowski?