Lewandowski: Anugerah FIFA Lebih Berprestij Daripada Ballon d’Or

Robert Lewandowski sebelum ini terlepas dua Ballon d’Or dalam masa dua tahun berturut-turut, walaupun dianggap calon pilihan utama untuk memenanginya.

Pada 2020, tiada Ballon d’Or diadakan oleh penganjur France Football. Dan pada 2021, Lionel Messi menewaskan Robert Lewandowski untuk kapten Argetina itu memenanginya buat kali ketujuh.

Messi kini meninggalkan Cristiano Ronaldo dengan beza 2 Ballon d’Or. Apabila Ronaldo hanya dengan 5 Ballon d’Or setakat ini.

Terdapat banyak polemik tentang pemenang Ballon d’Or dalam dua edisi terakhir ini. Salah satu daripada dibatalkan kerana pandemik dan satu lagi dimenangi Messi. Ramai yang berpendapat bahawa Lewandowski berhak mendapat dua Ballon d’Or tersebut.

Messi dalam ucapan kemenangan Ballon d’Or beliau turut setuju bahawa musim lalu seharusnya menjadi milik Lewandowski dan berharap Ballon d’Or itu diserahkan kepada penyerang asal Poland itu.

Walaupun gagal dalam Ballon d’Or, namun nasib Lewandowski di FIFA Best ternyata berbeza. Beliau memenangi kedua duanya dalam dua tahun terakhir ini.

Pada edisi FIFA Best 2020, Lewandowski menewaskan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Dan untuk edisi 2021, beliau menewaskan Messi dan Mo Salah.

Terbaru pemain antarabangsa Polan itu bersuara tentang pandangannya tentang Ballon d’Or dan FIFA Best. Di mana selepas dia memerhati dan mencerna dua Anugerah tersebut dia membuat kesimpulan bahawa FIFA Best adalah lebih berprestij dan berkaliber berbanding Ballon d’Or. Walaupun ramai melihat sebaliknya.

Ini kerana, menurut Lewandowski, Ballon d’Or hanyalah diundi oleh wartawan semata mata dan pengesahan tentang undian itu sentiasa meragukan.

Berbanding dengan FIFA yang turut diundi oleh jurulatih dan kapten pasukan yang lebih arif tentang bola sepak dan rekod. Golongan ini adalah profesional dan menilai prestasi pemain berdasarkan logik dan realistik. Ini termasuk memahami impak kecederaan dan sebagainya.

Bekas penyerang Borussia Dortmund yang kini beraksi di Bayern itu berkata:

“Saya telah memikirkan tentang dua anugerah ini sejak akhir akhir ini. FIFA Best dan Ballon d’Or. Saya merumuskan bahawa anugerah FIFA adalah lebih bermakna [berbanding dengan Ballon d’Or]. Ini kerana anugerah Ballon d’Or diundi oleh wartawan [semata mata] dan kemudian tiada pengesahan yang jelas [tentang undian].”

“Sebaliknya, golongan profesional dan wartawan mengundi untuk anugerah FIFA termasuk ketua ketua pasukan, jurulatih, dan mereka boleh menilai prestasi seseorang pemain secara realistik dan objektif. Kerana mereka tahu tentang setiap perlawanan, setiap rekod dan risiko kecederaan yang kami hadapi.”

Lewandowski kemudian menegaskan bahawa dia sentiasa cuba tidak mahu memikirkan soal anugerah ini. Kerana ianya bukan perkara yang penting dalam hidupnya.

“Namun begitu saya menegaskan bahawa saya nak mengelakkan diri daripada terlalu memikirkan soal anugerah anugerah seperti ini.”

“Ini bukannya perkara yang membuatkan saya tak boleh tidur selepas gagal memenangi anugerah anugerah ini. Terutama sekali ketika saya menyedari bahawa politik bola sepak pun memainkan peranan di dalamnya.”

“Hasil daripada undian ini tak langsung mempengaruhi apa yang paling penting bagi diri saya iaitu untuk menikmati setiap perlawanan dan membantu pasukan untuk berjaya.”

Robert Lewandowski dianggap sebagai salah seorang no.9 terbaik dalam generasinya. Beliau menjadi penyerang yang terus mencetak gol yang banyak di dalam kariernya.

Lewandowski merupakan penyerang yang sangat klinikal. Boleh menjaringkan gol dari semua arah dan dengan apa sahaja bahagian pada badannya. Menjadikan dia target man yang sangat digeruni pertahanan lawan.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di