Lewandowski Bengang Dengan Ketamakan Ansu Fati Rampas Peluang Terbaiknya

Robert Lewandowski menamatkan perlawanan di Old Trafford kelihatan kecewa.

Bukan sahaja kerana penyingkiran dalam Liga Europa, tetapi kerana dia mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan pada minit-minit terakhir, tetapi Ansu Fati telah merampas peluang itu daripadanya.

Insiden itu berlaku ketika Ferran Torres melakukan satu hantaran silang yang sangat cantik pada masa kecederaan, Ansu Fati kelihatan telah cuba merampas bola daripada Lewandowski yang sudah meminta agar pemain itu membiarkan bola itu dan memberikan kepadanya.

Oleh kerana bola agak tinggi untuk saiz Ansu Fati, pemain itu telah menanduk bola ke tempat lain dan tak tepat.

Lewandowski dikatakan telah bersemuka dengan Jordi Alba selepas tamat perlawanan. Menyatakan dia tidak gembira dengan tindakan Ansu Fati.

Kerana menurut pemain antarabangsa Poland itu, ianya bukan pertama kali Ansu Fati terlalu obses mahu menjaringkan gol sehingga mengabaikan rakannya yang memiliki peluang lebih baik untuk menjaringkan gol.

Misalnya beberapa minggu lalu, Lewandowski mendakwa pemain yang sama merampas peluang seperti itu ketika menentang Betis di Benito Villamarín.

Oleh kerana pernah kecewa perkara itu berlaku sekali lagi, Lewandowski dilaporkan telah meletus dan tidak dapat menahan lagi kemarahannya.

Lewandowski sebenarnya memang sudah meminta agar Ferran Torres melakukan hantara seperti itu untuk dia serang dengan fizikalnya.

Dia juga sudah memberitahu Ferran Torres tentang isyarat yang dia akan hantar untuk menerima hantaran seperti itu.

Tetapi Fati akhirnya menjadi orang yang melakukan kesilapan dengan menghilangkan kemungkinan untuk menyamakan kedudukan.

Lewandowski yakin dia akan dapat menjaringkan gol dan mengheret permainan ke tambahan masa.

AS melaporkan, walaupun Lewandowski bengang namun dia meluahkannya dengan cara sangat baik dan profesional.

Kerana dia tidak mahu Ansu Fati terlalu tamak dan obses mencari gol untuk diri sendiri berbanding mengutamakan misi berpasukan.

Lewandowski juga berharap pemain muda berbakat itu akan belajar sesuatu daripada perkara itu.

Fati selepas tamat perlawanan menyatakan dia tidak tahu bahawa Lewandowski ada di belakangnya. Sambil menegaskan bahawa dia berada di kedudukan lebih baik untuk menjaringkan gol itu. Sambil mengakui teknik tandukannya agak lemah.

Barcelona tersingkir daripada persaingan Eropah secara total musim ini. Namun mereka masih ada misi dalam liga domestik.

Baca yang lain