Robert Lewandowski akhirnya berkongsi cerita bagaimana Jurgen Klopp mengeluarkan yang terbaik daripada dirinya. Robert Lewandowski menjadi penggempur utama Jurgen Klopp ketika di Borussia Dortmund satu ketika dahulu.
Pada era mereka, BvB mulai menjadi pengacau kepada dominasi Bayern Munich. Beliau sempat menceritakan satu pertaruhan dengan Klopp di pusat latihan. Ianya salah satu daripada inisiatif Klopp mahu pemain itu memperbaiki kualiti penyudahnya.
“Ketika saya bergabung dengan BVB, saya dan Klopp membuat sedikit pertaruhan. Sekiranya saya menjaringkan 10 gol dalam sesi latihan, dia akan memberi saya €50. Jika tidak, saya akan memberinya €50.
“Pada mulanya, saya terpaksa membayar setiap hari. Selepas beberapa bulan, ianya bertukar dan dia memberitahu saya ‘Berhenti! Cukup cukup sudah, cukup sampai di sini saja. Aku tak nak bayar kamu lagi.”
To incentivise Robert Lewandowski in training, Jurgen Klopp bet him 50 euros every time he scored 10 goals in a session.
After two weeks, Klopp begged him to stop because he was scoring so much.
“No more! It’s too much for me! I don’t want to pay you anymore!” pic.twitter.com/cO9QlECvm3
— Must Win Game (@MustWinGame_) January 11, 2021
Seterusnya Robert Lewandowski menegaskan bahawa Klopp adalah tipikal guru yang ‘teruk’. Namun dia berkata dari segi ketegasan demi untuk melihat ‘pelajarnya’ berjaya.
“Jurgen bukan sahaja seperti ayah bagi saya. Sebagai jurulatih, dia seperti guru yang “teruk”. Dan saya memaksudkannya dalam erti kata terbaik. ”
“Semasa anda di sekolah, guru mana yang paling anda ingat? Bukan orang yang menjadikan hidup mudah untuk anda dan tidak pernah mengharapkan apa-apa dari anda. Tidak tidak tidak. Sebaliknya anda ingat cikgu yang teruk itu. ”
Robert Lewandowski on Jurgen Klopp:
“Jurgen was not only a father figure to me. As a coach, he was like the “bad” teacher. And I mean that in the best sense of the word."
[Players' Tribune] pic.twitter.com/Jg5aU1t7zE
— Bavarian Tweets 🏆🏆🏵🏆🏆 (@BavarianTweets) January 11, 2021
“Guru [yang] bersikap tegas dengan kamu. Orang yang memberi tekanan kepada kamu dan melakukan segalanya untuk mendapatkan yang terbaik daripada kamu. Itulah guru yang menjadikan kamu lebih baik, bukan? Dan Jurgen seperti itu.”
Klopp adalah pengurus yang mahukan pelajarnya mendapat A+ bukannya B sahaja. Oleh itu beliau akan membantu para pemainnya dengan sedaya upaya. Lewandowski juga menyatakan bahawa Klopp sentiasa prihatin dengan prestasi para pemainnya.
“Dia tidak puas membiarkan anda menjadi pelajar B. Jurgen mahukan pelajar A+. Dia banyak mengajar saya. Semasa saya tiba di Dortmund, saya ingin melakukan semuanya dengan segera: hantaran kuat, satu sentuhan sahaja. ”
“Dia menunjukkan kepada saya untuk menenangkan diri dalam situasi, untuk mengambil dua sentuhan jika diperlukan. Ini bertentangan dengan sifat saya tetapi tidak lama kemudian saya mencetak lebih banyak gol.”
“Ketika saya mengalami penurunan, dia mencabar saya untuk melaju semula dengan segera. Satu sentuhan. BANG. Gol. Dia memperlahankan saya untuk menyegerakan saya. Itu genius. “