Robert Lewandowski beranggapan Karim Benzema adalah pilihan untuk memenangi Ballon d’Or tahun ini.
Namun penyerang Barcelona itu sempat menyindir penganjur Ballon d’Or. Di mana dia berkata, sudah tentunya acara tahun ini tidak akan dibatalkan kerana pemenangnya adalah Benzema.
Pemenang Ballon d’Or 2022 akan dinobatkan pada hari Isnin, dengan penyerang Real Madrid Benzema dijangka memenanginya buat kali pertama dalam kariernya.
Dia menjaringkan 44 gol dalam 46 perlawanan musim lalu ketika Real memenangi La Liga dan Liga Juara-Juara. Lewandowski tahu bagaimana rasanya menjadi calon pilihan utama. Di mana ramai beranggapa tahun 2020 sudah ditetapkan sebagai tahunnya memenangi Ballon d’Or.
Malangnya, France Football membatalkan anugerah itu kerana pandemik COVID-19. Dan Lewandowski masih tidak memahami kenapa France Football berbuat demikian.
Penyerang Barcelona itu memberitahu Movistar Plus: “Dia [Benzema] mungkin antara pilihan untuk memenangi Ballon d’Or, sudah tentu jika mereka tidak membatalkannya, maka mungkin [mereka membatalkannya], dia akan memenangi Ballon d’Or ini, ya.”
Lewandowski: "Benzema is probably one of the favourites to win the Ballon d'Or, if they don't cancel it *smiles*, then probably he will win it, yes." pic.twitter.com/pzPNa7vU5H
— Barça Universal (@BarcaUniversal) October 13, 2022
Lewandowski membantu Bayern Munich menjuarai Bundesliga dan Liga Juara-Juara pada tahun 2020, menjaringkan 55 gol dan mencatatkan 10 bantuan gol.
Dia memenangi anugerah ‘The Best’ FIFA dan Pemain Terbaik UEFA untuk menghargai prestasi dominannya.
Pemain antarabangsa Poland itu membuat komen tiga hari sebelum El Clasico pertama musim ini, menambah sedikit suhu panas untuk pertandingan itu.
Beberapa bulan lalu Lewandowski pernah mengiktiraf FIFA Best sebagai lebih berprestij berbanding Ballon d’Or.
🗣️ Lewandowski: “Karim Benzema is probably one of the favourites to win the Ballon d'Or. if they don't cancel it (smiles), then he will probably win it, yes.” pic.twitter.com/5YbjhCYFB9
— Real Madrid News (@onlyrmcfnews) October 13, 2022
Dalam kenyataannya pada Februari lalu pemain itu berkata: “Saya telah memikirkan tentang dua anugerah ini sejak akhir akhir ini. FIFA Best dan Ballon d’Or. Saya merumuskan bahawa anugerah FIFA adalah lebih bermakna [berbanding dengan Ballon d’Or]. Ini kerana anugerah Ballon d’Or diundi oleh wartawan [semata mata] dan kemudian tiada pengesahan yang jelas [tentang undian].”
“Sebaliknya, golongan profesional dan wartawan mengundi untuk anugerah FIFA termasuk ketua ketua pasukan, jurulatih, dan mereka boleh menilai prestasi seseorang pemain secara realistik dan objektif. Kerana mereka tahu tentang setiap perlawanan, setiap rekod dan risiko kecederaan yang kami hadapi.”
Lewandowski kemudian menegaskan bahawa dia sentiasa cuba tidak mahu memikirkan soal anugerah ini. Kerana ianya bukan perkara yang penting dalam hidupnya.
“Namun begitu saya menegaskan bahawa saya nak mengelakkan diri daripada terlalu memikirkan soal anugerah anugerah seperti ini.”
“Ini bukannya perkara yang membuatkan saya tak boleh tidur selepas gagal memenangi anugerah anugerah ini. Terutama sekali ketika saya menyedari bahawa politik bola sepak pun memainkan peranan di dalamnya.”
“Hasil daripada undian ini tak langsung mempengaruhi apa yang paling penting bagi diri saya iaitu untuk menikmati setiap perlawanan dan membantu pasukan untuk berjaya.”
Lewandowski on not winning the Ballon d'Or: "I've been thinking about these two awards lately: FIFA The Best & the Ballon d'Or. I've come to the conclusion that the FIFA award does matter more. Only journalists vote in the latter – there's no clear verification" [@PilkaNozna_pl] pic.twitter.com/Gfua1ibG7h
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) February 3, 2022
Robert Lewandowski dianggap sebagai salah seorang no.9 terbaik dalam generasinya. Beliau menjadi penyerang yang terus mencetak gol yang banyak di dalam kariernya.
Lewandowski merupakan penyerang yang sangat klinikal. Boleh menjaringkan gol dari semua arah dan dengan apa sahaja bahagian pada badannya. Menjadikan dia target man yang sangat digeruni pertahanan lawan.
Sekiranya Benzema memenangi anugerah itu, dia akan menerimanya di hadapan rakan karib dan bekas rakan sepasukan Real Cristiano Ronaldo.
Penyerang Manchester United itu tidak menghadiri majlis itu sejak memenangi anugerah itu pada 2017, mengelakkannya pada 2018, 2019 dan 2021.
Dia telah dicalonkan untuk gelaran itu tahun ini selepas menjaringkan 24 gol dalam semua pertandingan untuk United musim lalu.
Menurut Le Parisien, Ronaldo akan berada di Paris sebagai sokongan kepada Benzema. Khabar angin telah mencadangkan Ronaldo boleh menjadi orang yang menyampaikan anugerah itu.
Ronaldo bermain dengan Benzema di Santiago Bernabeu selama sembilan tahun, tiba pada musim panas yang sama dan memenangi 15 penghormatan bersama.
Sejak pemergian Ronaldo pada 2018, Benzema telah menjadi pemain utama di Santiago Bernabeu.
Pemain berusia 34 tahun itu menjelaskan kepada pemberita pada Ogos: “Ia berbeza bagi saya sejak Cristiano Ronaldo meninggalkan Real Madrid.”
“Memang benar saya telah menjaringkan lebih banyak gol, tetapi apabila Cristiano berada di sini, kami mempunyai gaya permainan yang berbeza, saya memberikan lebih banyak bantuan. Dia benar-benar membantu saya di dalam dan di luar padang.
“Tetapi pada masa itu, saya tahu bahawa saya boleh melakukan lebih banyak lagi dan apabila dia pergi, inilah masanya untuk mengubah permainan saya, mengubah cita-cita saya dan saya melakukannya dengan baik pada masa ini.”