Lewandowski Mengeluh Taktikal Xavi Tidak Cukup Sokongan Kepadanya

Robert Lewandowski mengeluh tentang taktikal Xavi Hernandez di Barcelona. Kerana menurut pemain itu kadangkala dia tidak mendapat sokongan yang secukupnya.

Dia menegaskan taktikal Barcelona selalu tersekat sekat di tengah dan tidak cukup agresif di zon serangan.

Sebagai penyerang target man Lewandowski benar benar memerlukan servis dan hantaran serta sokongan yang kuat daripada pemain tengah dan pemain sayap.

Dia menegaskan bahawa Barcelona seringkali bermain dengan kurang pemain yang menyerang. Lalu dia terpaksa bertindak sendiri dan mencari solusi kepada masalah tersebut.

Lewandowski memberikan contoh, jika Ansu Fati atau Ferran Torres ada di atas padang, mereka akan mencipta lebih banyak peluang.

Lewandowski berkata: “Sejak akhir akhir ini, ianya tidak seperti yang sepatutnya. jadi kami bergelut untuk mencipta lebih banyak peluang dalam perlawanan.”

“Apabila kami melihat Ansu atau Ferran masuk, dua pemain yang akan pergi menyerang, kami akan mencipta lebih banyak peluang.”

“Kadangkala kami tidak bermain dengan pemain serangan yang cukup. Dan saya tidak mendapat sokongan.”

“Jadi saya cari sendiri solusi terbaik untuk pasukan.”

“Saya fikir dengan pengalaman saya, apabila saya mengenali badan saya, saya mencari penyelesaian terbaik bukan sahaja untuk saya, tetapi juga untuk pasukan ini.”

“Saya sedar kadangkala, jika saya berada di antara dua pertahanan tengah, ia lebih mudah untuk pemain pertahanan.”

“Dalam banyak permainan, saya tidak mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol. Dalam dua perlawanan terakhir saya tidak mempunyai banyak peluang, saya tidak menerima banyak bola, jadi kadang-kadang saya terpaksa mencipta peluang untuk diri saya sendiri.”

Setelah menjaringkan gol pertamanya musim ini dalam kemenangan 4-3 ke atas Villarreal hujung minggu lalu, Lewandowski berharap bahawa keadaannya kini akan bertambah baik.

Barcelona akan menentang Osasuna di tempat lawan pada hari Ahad dalam perlawanan seterusnya dan ia akan menjadi menarik untuk melihat sama ada Xavi memilih untuk membawa Torres ke dalam kesebelasan utama. Memandangkan Ansu Fati sudah menyertai Brighton secara pinjaman.

Xavi mungkin mengambil perhatian dengan pandangan penyerang senior asal Poland tersebut.