Barça sudah mula bertindak untuk cuba melupakan pembelian Robert Lewandowski kerana rundingan untuk mendapatkan pemain itu dilihat masih rumit.
Xavi Hernandez sudah menyatakan kepada BOD Barca bahawa beliau mahukan pemain itu mengepalai no.9 Barcelona.
Penyerang itu juga dikatakan sudah setuju tawaran kontrak dua tahun ditambah satu tahun lagi sebagai pilihan lanjutan dengan kelab Blaugrana itu.
Tetapi percubaan awal untuk mengekalkan rundingan perpindahan mesra dengan Bayern telah gagal. Kelab Jerman itu enggan bercakap dan tidak mendengar kertas cadangan Blaugrana.
Bayern want €50 million from Barcelona for Robert Lewandowski, according to Sport 🗞 pic.twitter.com/peLkhlrFKc
— GOAL (@goal) June 20, 2022
Bayern berkeras mahukan EUR50 juta sekurang kurangnya untuk Lewandowski secara 1 bayaran tiada ansuran. Itu syarat yang rumit kerana Barcelona masih bergelut dengan akaun FFP mereka.
Selain itu, Barcelona masih gagal menjual Frenkie De Jong yang menarik minat Man United.
Jika kesulitan ini berterusan, Lewandowski sekali lagi akan bertindak secara terbuka ke atas kelab itu.
Sebelum ini Lewandowski sudah secara terbuka berkongsi di satu podcast bahawa dia mahu meninggalkan Bayern Munich.
Dan sekarang dia sudah sedia untuk mogok dan juga tidak menerima tawaran kelab lain selain Barcelona.
Jika itu berlaku, Bayern akan melihat pemain itu hanya duduk di bangku simpanan dan pergi secara percuma musim hadapan.
Selain itu, Lewandowski dikatakan mahu mogok daripada menyertai latihan pra musim.
Bayern sebenarnya tidak terdesak menjual pemain itu. Namun BILD melaporkan bahawa Lewandowski sudah tidak sehaluan dengan Nagelsmann.
Perselisihan antara Lewa dan Nagelsmann berlaku apabila pengurus itu mengkritik positioning pemain itu ketika menerima cross.
Nasihat Nagelsmann tidak diterima baik oleh penyerang itu. Lewandowski menjawab sinis dan mengingatkan Nagelsmann tentang sumbangannya yang menjaringkan 40 gol sepanjang musim.
Bukan itu sahaja, Lewandowski juga merasakan tidak perlu mendengar nasihat itu kerana dia sudah tahu kebolehan dirinya.
Nagelsmann sebelum itu dikatakan pernah berdebat dengan Leroy Sane. Nagelsmann memang tegas dengan pemainnya dalam isu taktikal. Dia seringkali berbalah dengan mereka untuk mencari penyelesaian.
Bagaimanapun, pertengkaran Nagelsmann dengan Sane tidak membuatkan pemain itu mahu berpindah. Ianya seperti pertengkaran Nagelsmann dengan beberapa pemain lain sebelum ini ketika di Hoffenheim atau Leipzig.
Namun di Bayern, ego dia berbeza. Nagelsmann harus ingat bahawa, Carlo Ancelotti sendiri pernah kehilangan jawatan di Bayern apabila para pemain melancarkan penentangan ke atasnya dengan bertemu dengan pengarah sukan di hotel – meminta kelab memecat Carlo Ancelotti.
An anecdote between Robert Lewandowski and Julian Nagelsmann that shows there was an ego problem with the striker [@kessler_philipp, @mano_bonke] pic.twitter.com/uXMXYFOE7t
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) June 8, 2022
Lewandowski turut menyatakan bahawa, antara dia dan Bayern sudah berakhir selepas musim lalu berakhir. Dan dia mahu mencari cabaran baharu di kelab lain.
Sports ES melaporkan bahawa Lewandowski tidak akan berpatah balik di dalam keputusannya. Dan dia meminta Bayern mencari penyelesaian terbaik untuk dia dan kelab.
Dengan alasan, Lewandowski sudah memberikan segalanya kepada kelab sepanjang dia di sana.
Robert Lewandowski ready to 'act publicly' if Bayern Munich block Barcelona transfer bidshttps://t.co/rT1VXU7C5D pic.twitter.com/r65I75Q825
— Mirror Football (@MirrorFootball) June 25, 2022