Lewis Hamilton Tinggalkan Mercedes Untuk Sertai Ferrari

BBC UK melaporkan bahawa Lewis Hamilton sedia menyertai Ferrari untuk musim 2025. Pelumba itu sudah nekad mahu meninggalkan pasukan yang signifikan dengannya iaitu Mercedes.

Rundingan antara Hamilton dan Ferrari kini di fasa akhir. Dan juara dunia 7 kali ini bakal diumumkan hari ini.

Sebelum ini Ferrari membuat kejutan apabila mereka dilaporkan memancing Hamilton untuk menyertai Charles Leclerc bagi mengharungi kempen musim hadapan.

Kontrak semasa Hamilton sebenarnya masih ada sehingga 2025 setelah dia melanjutkannya musim lalu untuk dua musim. Namun dia sedia untuk meninggalkan pasukan itu lebih awal.

Sebelum ini cerita Hamilton ke Ferrari selama ini hanyalah teori yang dianggap mustahil. Namun siapa sangka ianya benar benar menjadi kenyataan.

BBC mengesahkan bahawa sumber dalaman Mercedes memberitahu mereka bahawa Toto Wolff dan Pengarah Teknikal, James Allison bakal mengumumkan pemergian Hamilton itu.

Kunci kepada perpindahan ini adalah hubungan baik Hamilton dengan presiden Ferrari John Elkan yang semakin rapat sejak beberapa tahu kebelakangan ini.

Ferrari pernah mengakui mereka mengadakan rundingan dengan Hamilton pada 2019, namun legenda British itu kekal setia dengan Mercedes.

Pada 2020, Hamilton menyamai rekod legenda Ferrari, Michael Schumacher sebagai juara dunia terbanyak F1 dengan 7 kejuaraan.

Musim lalu Hamilton terbuka mengkritik prestasi Mercedes. yang dianggap membuatkan dia ragu ragu kemampuan mereka untuk menyaingi Red Bull.

Kini Hamilton sudah bersiap sedia berpakaian merah di atas litar. Dan ianya dianggap salah perpindahan paling sensasi di dalam F1.