Liverpool Football Club mengesahkan bahawa jadual suku akhir Piala Carabao menentang Aston Villa akan dilangsungkan pada 17 Disember 2019.
Ini bermakna perlawanan itu kurang 24 jam daripada perlawanan FCWC yang akan berlangsung pada 18 Disember 2019.
Oleh itu, LFC menyatakan mereka akan memecahkan 2 skuad untuk bermain dalam 2 kejohanan berbeza.
Skuad pertama akan pergi ke FIFA World Cup di Qatar. Yang satu lagi akan tinggal untuk Piala Carabao.
“Kelab nak menggunakan kesempatan ini untuk menggariskan, walaupun ini bukan senario yang ideal. Ini keputusan terbaik yang diambil demi kepentingan pertandingan.”
“Kelab kita, dan kita sendiri menjadi satu-satunya motivasi untuk meneruskan semua ini.”
Tak boleh kawtim langsung EFL ni pun.
Dah satu hal ni pemain nanti tarik muka tak dapat pergi Qatar. Dah terpaksa Liverpool pecah dua.
Sekarang ni mesti tengah gaduh team A dan B, berebut Lord Origi.
Our #CarabaoCup quarter-final tie at @AVFCOfficial will take place on Tuesday 17th December. https://t.co/XyxwTy3wbB
— Liverpool FC (@LFC) November 5, 2019
Ini orang kata dihukum sebab berjaya. Isu dia sekarang, coaching staff pun akan dipecahkan kepada dua. Pasal Klopp tu mungkin bukan masalah besar sebab aku percaya dengan Ljinders.
Tetapi staf lain termasuk fitness coaches, mak cik kantin yang masak, staf perubatan dan abang masas, semua akan dipecahkan.
Team mana yang akan dapat staf terbaik?
Sumber berita: LFC