LGE: Tak Jadi Pakai Velffire, Kerajaan Memang Nak Kekal Dengan Perdana

Menteri dan timbalan menteri akan terus menggunakan Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi mereka selepas ini.

Menteri kewangan Malaysia, Lim Guan Eng menegaskan keputusan tentang perkara itu sudah pun dibuat.

Ini selepas kerajaan mendapat jaminan daripada pembekal proton Perdana bahawa stok mencukupi.

Sebelum ini mereka difahamkan bahawa ada masalah daripada pihak pembekal kenderaan tersebut.

LGE menegaskan bukan sengaja kerajaan nak menukar Proton Perdana. Tetapi mereka terpaksa, kata beliau lagi.

LGE berkata: “Kerajaan mahu kekal menggunakan Proton Perdana sebagai kenderaaan rasmi. Namun, sebelum ini kak dimaklumkan bahawa bekalan kereta tersebut tidak mencukupi.”

“Oleh sebab itu kami mempertimbangkan pilihan kedua.”

“Dan sekarang kami baru mendapat informasi baharu bahawa bekalan kereta Proton Perdana adalah mencukupi. Jadi kami akan terus kekal menggunakan Proton Perdana.”

Lim juga mendedahkan bahawa mereka dalam proses penilaian akhir untuk kontrak bekalan kereta tersebut.

Beberapa minggu lalu,rakyat Malaysia ramai yang marah dengan kenyataan kerajaan bahawa mereka akan menggantikan Proton Perdana dengan 32 Vellfire untuk kenderaan rasmi menteri.

Manakala 3,000 lagi Honda Accord untuk kegunaan pegawai senior kerajaan. Ketika ini kerajaan sedang menggunakan Proton Perdana dan Toyota Camry.

Tapi boleh tahan juga bila dengar kenyataan LGE ni. Pilihan pertama Proton Perdana. Pilihan kedua pula Vellfire. Power Bukan?

Baca yang lain