Lia Thomas Dikecam Kerana Menang Lagi Lawan Perempuan Tulen: “Saya Bukan Lelaki”

Lia Thomas ialah atlet transgender pertama menjadi juara kebangsaan Aemerika Syarikat, Divisyen I. Dia turut mencipta rekod baru kejohanan.

Lia Thomas kini terus membolot acara acara wanita yang disertainya sejak dia menukar dan convert spec pada jenteranya. Prestasi cemerlang dia sejak bertukar jantina membuatkan dia kini di landasan yang tepat untuk mewakili AS ke sukan Olimpik.

Pelajar Universiti Pennsylvania berusia 22 tahun itu bertanding di Kejohanan NCAA dan menduduki tempat pertama dalam gaya bebas 500 ela dengan catatan masa 4:33.24.

Thomas, yang bertanding dalam pasukan lelaki universiti selama tiga tahun sebelum peralihannya pada 2019, menewaskan pelajar baru dari Virginia, Emma Weyant dengan 1.75 saat.

Menurut ESPN, perenang transgender UPenn itu mencatat masa terbaik musim dan Thomas hanya “lebih sedikit” daripada menewaskan rekod Katie Ledecky 4:24.06.

Bercakap dalam temu bual selepas tamat perlumbaan, Thomas yang penuh emosi mendakwa bahawa dia cuba “mengabaikan” kontroversi yang menyelubungi penglibatannya dalam sukan wanita.

Namun Lia Thomas menyatakan bahawa dia sedar sebenarnya, kritikan yang dilemparkan ke atasnya bukti bahawa dunia sedang memerhatikannya.

“Ini bermakna dunia berada di sini,” katanya.

Thomas menambah: “Saya cuba mengabaikannya semampu saya. Saya cuba fokus pada renang saya, apa yang perlu saya lakukan untuk bersiap sedia untuk perlumbaan saya. Dan cuba untuk tidak memikirkan semua perkara yang lain.”

Kemenangan Lia kali ini terus menerima kritikan. Di mana ramai yang menuntut keadilan dalam sukan wanita.

Lia Thomas kemudian memberikan amaran kepada pihak yang menuduh dia lelaki. Lia berkata: “Saya bukan lelaki la. Saya seorang wanita sekarang.”

Thomas, yang telah menjadi tumpuan selepas muncul dalam acara renang wanita, sekali lagi mendapat reaksi balas yang agak panas selepas memenangi kejuaraan.

Bekas penyampai bersama Good Morning Britain, Piers Morgan dan Donald Trump Jr adalah antara mereka yang terbuka menyelar kemenangan Thomas pada malam Khamis.

“Jika anda menyokong perkara ini, anda secara aktif mengambil bahagian dalam pemusnahan secara sengaja sukan wanita [dan] hak wanita untuk keadilan [dan] kesaksamaan. Ia memalukan,” tweet Morgan.

Anak lelaki bekas Presiden AS Donald Trump menghantar tweet yang kini dipadam: “Tahniah bro!!! Lia Thomas meraih kemenangan dalam acara 500 [ela] gaya bebas peringkat kebangsaan.”

ESPN melaporkan bahawa Thomas, yang menolak untuk berada di sidang akhbar pasca perlumbaan NCAA, disambut dengan sambutan yang “terasa tenang” apabila namanya dipanggil semasa di podium.

Memenangi Liga Ivy dengan menewaskan perenang olimpik

Sebelum ini Lia Thomas menjadi perhatian dunia apabila Perenang transjantina itu telah memecahkan rekod yang dipegang perenang Olimpik di Kejohanan Liga Ivy.

Thomas telah menjadi subjek kontroversi dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Tiga tahun sebelum bertukar gender, dia bertanding dalam pasukan renang lelaki dan tak pernah menang acara lelaki. Dia malah berada di ranking 462 sebelum ini.

Namun dia tak berputus asa dan menyertai pasukan wanita Universiti Pennsylvania, dengan dominasinya mencetuskan perdebatan ketika peringkat kelayakan.

Bertanding di Kejohanan Renang dan Terjun Wanita Ivy League, Thomas mencatatkan rekod pecahan individu terpantas dalam acara berganti-ganti 800 ela gaya bebas sebelum memperoleh gelaran individu pertamanya dalam gaya bebas 500 ela dengan masa kemenangan 4:37.32 — lebih tujuh saat lebih cepat daripada rakan sepasukannya – Catherine Burokeryang beradad di tempat kedua.

Persembahan cemerlangnya berjaya mencipta rekod baharu di Kolam Blodgett Universiti Harvard, menewaskan atlet Olimpik Kate Ziegler. Walaupun begitu, pemecahan rekod Thomas tidak terhenti di sini — dengan masa kemenangan 1:43:12 dalam gaya bebas 200 meter, dia mencipta rekod lain.

Mike Schnur, jurulatih Lia Thomas di universiti, menyifatkan dia sebagai anak paling berani yang pernah dia temui dalam hidupunya.

Pujian ke atas Lia Thomas turut dihamburkan oleh pengulas ESPN Plus iaitu Alex Vispol.

“Di sebalum semua perhatian yang diberikan kepadanya, namun dia mempunyai ‘keberanian yang luar bias.”

Alex kemudian berkata: “Dan dia [coach] sudah lama mengenali Lia. Dan satu perkara yang sentiasa menyinari Lia ialah kecintaannya terhadap renang dan betapa dia meminati sukan itu. Dan itu sepatutnya menjadi salah satu perkara utama, dan kecintaan seseorang terhadap sesuatu sukan untuk menjadi begitu besar dalam sukan ini pastinya harus dihargai,” tambahnya.

Walaupun penyokong Lia Thomas telah mengucapkan tahniah kepadanya atas kemenangannya yang memecahkan rekod itu. Namun pengkritik telah menyuarakan kebimbangan mengenai dia mempunyai ‘kelebihan yang tidak adil’ berbanding wanita lain.

Menurut pengkritik, pemecahan rekod itu adalah sebahagian daripada kemusnahan sukan dalam wanita.

Bermula tahun lalu, banyak sukan mulai mengemaskini peraturan atlet transjantina sesuai dengan perubahan pada peraturan olimpik antarabangsa.

USA Swimming baru-baru ini turuk mengemas kini polisinya mengenai pesaing transgender, yang kini dikehendaki mempunyai tahap testosteron yang kecil selama 36 bulan sebelum layak.

NCAA berkata panduannya tidak akan diubah pada peringkat ini kerana ia berpotensi memudaratkan kepada atlet yang rata rata pelajar yang berhasrat untuk bertanding dalam kejohanan renang wanita NCAA 2022.

Baca yang lain