Jaura bertahan Liga Perdana Inggeris, Manchester City telah dilarang daripada menyertai UEFA Champions League untuk dua musim bermula musim hadapan.
Namun mereka dibenarkan untuk meneruskan kempen Liga Juara-juara Eropah yang ada musim ini. Man City sedang mempersiapkan diri bagi menghadapi Real Madrid dalam peringkat kalag mati.
Man City sudah mengesahkan mereka akan membuat rayuan di CAS. Dan mereka sudah melantik lapan orang peguam untuk merayu keputusan yang telah dijatuhkan itu.
Manchester City kini dalam usaha untuk meyakinkan Pep Guardiola dan beberapa bintang utama pasukan mereka untuk terus kekal di City walaupun tanpa UCL.
Pandangan: Adakah Man City Boleh Dipotong Mata Dan Disingkirkan Ke Liga Championship
Salah seorang penyokong Man City sepanjang hayat iaitu legenda rock British, Liam Gallagher, yang kini sedang berkunjung ke Eropah, tidak bimbang dengan penghijrahan pemain dan pengurus.
Beliau berkata: “Watever, ada yang akan kekal.”
Apabila ditanya oleh salah seorang penyokong Liverpool yang menyokong reaksinya terhadap larangan tersebut, bekas pemain Oasis itu dengan jelas menjawab: “Setubuhi itu la. Kami akan tewaskan kemaluan wanita itu di mahkamah.”
(translasi langsung digunakan supaya tak terlalu mencarut)
Kemudian seorang penyokong Man United mengusik Liam untuk menikmati musim di divisyen 2. Liam marah dan berkata: “Jangan nak jadi persetubuhan bodoh.”
Kegagalan untuk menyertai Liga Juara-Juara Eropah membuatkan Man City hilang pendapatan bernilai kira-kira £ 77.5 juta semusim.
Jadi mereka akan kehilangan lebih daripada £ 150 juta sepanjang dua tahun penggantungan mereka.
Impak kepada City
Walau bagaimanapun, kita tahu City ni kaya. Memang impak tu nampak tak besar. Tetapi dalam FFP, angka itu yang didaftarkan sebagai pendapatan kelab. Bukannya sesuka hati pemilih menyuntik dana.
Buat masa ini rata-rata penyokong Man City lebih memikirkan isu Guardiola. Mereka mahu pengurus itu terus kekal dan bersama mereka ketika sedang memerlukan.
Manchester City telah digantung daripada menyertai Liga Juara Juara Eropah, dan didenda €30 juta (£25 juta) oleh UEFA.
Kenyataan tersebut telah pun diumumkan secara rasmi oleh UEFA awal pagi semalam waktu Malaysia.
Manchester City dihukum berat sebegitu rupa, selepas mereka didapati melakukan kesalahan serius oleh UEFA. Penggantungan tersebut berkuat kuasa untuk musim 2020/21 dan 2021/22.
"This is a case initiated by UEFA, prosecuted by UEFA and judged by UEFA ." 🔵🌙
Manchester City have released a statement following their two-season ban from European football: https://t.co/GjfuDPMNmb pic.twitter.com/SEPufjtMFD
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) February 14, 2020
UEFA menyatakan, penggantungan Man City daripada Liga Juara Juara Eropah ini menunjukkan bahawa tegasnya UEFA dalam hal hal berkaitan dengan piawaian FFP.
Sebelum ini terdapat penyebaran dokumen yang dibocorkan menyatakan bahawa Man City melakukan pelbagai salah laku.
Man City didapati bersalah oleh UEFA selepas siasatan oleh Club financial control body (CFCB) Kerana pelbagai kesalahan termasuk pemalsuan dokumen tajaan dan keuntungan.
Kenali Rui Pinto: Hacker Yang Menghumban Man City Keluar Dari UCL
Dokumen tersebut dibocorkan oleh Der Spiegel pada November 2018. Berdasarkan informasi dan email yang dibocorkan, ia menunjukkan pemilik kelab, Sheikh Mansour bin Zayed al-Nahyan sebenarnya yang menyuntik sebahagian besar dana tajaan.
Ini termasuk tajaan jersi, stadium dan akademi.
Pada korang yang tak faham. Dia macam ni. Pemilik kelab tak boleh sewenangnya menyuntik dana. Sebab FFP bak bagi persaingan lebih adil iaitu dengan menjana keuntungan menerusi operasi bola sepak.
Pemilik hanya boleh menyuntik dana dalam sejumlah yang ditetapkan sahaja.
Kalau tiada peraturan macam ni. Dan hanya bergantung kepada kekayaan owner, maka pemilik yang kaya raya akan memiliki kelebihan.
Dalam kes City, pemilik dia berselindung di sebalik tajaan dan menyuntik dana sebanyak mungkin untuk kelab menerusi penajaan yang dipalsukan.
Manchester City sudah memberitahu mereka sangat kecewa namun tidak terkejut dengan keputusan UEFA.
Mereka akan cuba untuk merayu di mahkamah timbang tara antarabangsa (CAS) selepas ini dan cuba memastikan Man City dapat beraksi di pentas tertinggi Eropah.
Malah mereka juga mempertikai ketelusan siasatan oleh CFCB serta bukti yang dikemukanan. Man City menyatakan kelab mereka sentiasa cuba memastikan mereka terlibat dan menepati piawaian UEFA dalam isu FFP.
CLUB STATEMENThttps://t.co/ueMFeLFowu
— Manchester City (@ManCity) February 14, 2020
Man City yakin mereka tidak melakukan apa apa kesalahan yang melanggar Financial Fair Play.
Jika Man City gagal dalam rayuan mereka, maka pasukan yang berada di tangga kelima akan layak ke UEFA Champions League musim hadapan.
Pep Guardiola sebelum ini menyatakan misi utama mereka adalah menjuarai UCL. Beliau sendiri sangat dahagakan UCL selepas sekian lama tak menjulang piala itu.
Full story…⬇https://t.co/pipQS0WGe0
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) February 14, 2020
Selain itu Man City juga tak pernah menjuarai Liga Juara Juara Eropah di dalam sejarah pasukan mereka, terutama sekali pada era pemilikan oleh Sheikh.
Sebelum ini mereka pernah dituduh melakukan kesalahan FFP namun mereka berjaya membersihkan ketidakseimbangan akaun mereka dalam tempoh yang ditetapkan dan kemudian UEFA membersihkan nama mereka.
Sumber: TalkSports