Libasan Origi Minit 90+4 Selamatkan Liverpool, Arsenal Kecewa Tewas Penentuan Penalti

Madness, 5-5 pada masa penuh dan Liverpool mara ke suku akhir.

Hanya beberapa saat sahaja lagi Arsenal nak menang ke atas pasukan Liverpool yang tidak menurunkan kapten dikasihi, adinda Henderson.

Perlawanan ini adalah perlawanan di mana kedua-dua pasukan melakukan banyak sekali kesilapan defensif dan dihukum.

Klopp melakukan rombakan besar untuk game ni. Berlambak budak wicet dimasukkan beliau dalam perlawanan ini.

Adam Lallana menjadi no.6 dalam aksi ini.

Tetapi 4 gol terakhir dalam perlawanan ini, Oxlade, 2 dari Origi dan Willock merupakan kelas dunia.

Liverpool di hadapan seawal minit ke-6 apabila Mustafi mendermakan gol kepada Liverpool.

Segalanya serba baik pada mulanya, dan Kelleher mempamerkan beberapa footwork yang bagus sebagai seorang ball playing keeper.

Namun, Arsenal bangkit dengan 3 gol hasil 2 jaringan oleh Martinelli dan 1 oleh Torreira. Sudah cukup nak buat kita semua meroyan.

Tak cukup dengan itu, Martinelli menambah 1 lagi individual error menjatuhkan Harvey Elliot untuk memberikan penalti kepada Liverpool.

Liverpool menyamakan kedudukan menerusi James Milner. Liverpool menamatkan separuh masa pertama dengan 2-3.

Masuk separuh masa kedua, Liverpool melakukan uncharacteristic error sekali lagi apabila James Milner terlalu kasual.

Bola dipintas Maitland Niles dan Ozil dengan cepat melakukan flick menyelamatkan bola daripada keluar. Open goal dan tiada masalah nak skor. Letak Aiman Tino pun skor benda macam tu.

Liverpool memasukkan Curtis Jones yang menggantikan Naby Keita pada minit ke-54. Nampak macam cedera.

Selepas inilah Liverpool mengubah tempo perlawanan. Harvey Elliot drive us forward. Di tengah lebih laju hantar dan gerakkan bola.

Pada masa ni Rhian diarahkan lebih involve di tengah dalam build up. Baru nampak dia jadi team player. Banyak press dan recover.

Oxlade merapatkan kedudukan dengan gol yang super saiya.

Tak cukup dengan itu, Origi seperti biasa, akan menjadi Ronaldinho setiap kali Liverpool dalam kesusahan.

Origi menyamakan kedudukan 4-4 dengan satu lagi wonder strike. Cantik hanat.

Willock melengkapkan pertarungan gol tercantik dengan satu curl dari tengah menewaskan Kelleher.

Klopp memasukan Chirivella untuk lebih protection kepada back 4. Klopp walaupun muka tenang dan ceria popstar, dia jelas nak selamatkan game ni.

Dan bang! minit ke 90+4, Divock Origi menerima hantaran lintang dan melakukan satu libasan gunting.

Pertarungan penalti Liverpool menang 5-4. Hanya Dani Ceballos yang miss.

Penalti kemenangan dijaringkan Curtis Jones. Selayaknya beliau mendapat nama dalam perlawanan ini.

Liverpool mara ke suku akhir hasil kejayaan menang ke atas Arsenal. Tahniah kepada gabungan budak Wicet dengan bantuan Lord Origi serta ayahanda Ribena.

Baca yang lain