LifeStraw Water Filter ni alat elektronik yang korang boleh bawa ke hulu ke hilir macam e-cigar ataupun vape korang. Bahasa canggih dia benda portable.
Korang bayangkan sekarang, korang bawa penapis air di dalam poket ataupun beg korang. Ala macam kowei dan kuku tu la.
Dan ianya dijual di Amazon pada hara sekitar $14.96 atapun dalam kira-kira RM63.00 macam tu lah. Hari tu black friday di Amazon ada tawaran 20% diskaun.
LifeStraw ini sudah banyak terjual ataupun diedarkan di tempat-tempat yang sukar untuk mendapatkan bekalan air bersih. Misalnya di Haiti ketika gempa bumi 2010.
Bahkan, LifeStraw kini banyak digunakan oleh tentera Amerika Syarikat untuk mereka menyedut sahaja air tanpa rasa was was.
Untuk mereka yang kaki daki gunung ataupun bukit, dan juga aktiviti lasak yang lain, straw ini sangat bagus untuk korang.
Dah tak perlu fikir sangat nak fikir masak air untuk membunuh bakteria dalam air tu.
Ianya ada fungsi untuk menapis virus dan bakteria dengan sistem penapisan yang ringkas.
LifeStraw ni sudah mendapat banyak anugerah di peringkat antarabangsan termasuk daripada Saatchi & Saatchi (2008) serta TIME (2005).
Dan ianya juga dipamerkan di Museum of Modern Art.