Liga Argentina: Jurulatih Ditembak Penyokong Yang Bergaduh Sesama Sendiri

Satu video yang agak ngeri tular di media sosial. Di mana seorang ketua jurulatih sebuah pasukan di Argentina telah ditembak oleh penyokong.

Kejadian itu berlaku ketika aksi liga divisyen 3 di antara Huracan dan Ferro De General Pico.

Penyokong yang bengang di tepi padang telah melepaskan tembakan ke arah jurulatih yang berada di atas padang.

Ketika itu, aksi sedang berlangsung seperti biasa. Dan tiba tiba ada temnbakan dilepaskan.

Mendengar bunyi tembakan itu para pemain di atas padang bertempiaran lari dan bersembunyi di sebalik dinding. Masing masing cuba menyelamatkan diri daripada mengalami kemalangan jiwa di padang.

Laporan menyebut bahawa jurulatih Ferro iaitu Mauricio Romero selamat dan melakukan dengan baik sekali untuk melarikan diri daripada insiden berisiko itu. Dia sangat tenang untuk keluar daripada bahaya.

Namun beliau tetap mengalami kecederaan terkena tembakan di bahunya.

Kejadian itu memang agak jarang berlaku. Ianya bermula apabila penyokong penyokong Huracan mulai bergaduh sesama sendiri.

Mereka kemudian melepaskan geram kepada jurulatih Ferro.

Huracan mengutuk tindakan penyokong mereka itu sebagai menghancurkan kelab mereka sendiri.

“Sudah bertahun para penyokong mahu kembali ke stadium. Semoga kesemua mereka yang ganas itu dijauhkan dari kita semua agar penyokong sebenar dapat datang kembali ke stadium.

Perlawanan tersebut terpaksa dihentikan dan ditunda. Di mana Huracan ketika itu mendahului 3-1. Jadi tidak pasti kenapa penyokong mereka begitu emosi pada hari tersebut.

Saksikan kejadian ngeri itu di sini: