Liga Inggeris Bakal Dipendekkan, Apa Nasib Liverpool?

Pelan radikal terkapsa diperkenalkan oleh Premier League jika liga musim ini tidak dapat diteruskan lagi kerana koronavirus.

Premier League ketika ini sedangn menggantung musim 2020/21 kerana Covid-19.

Namun timbul persoalan adakah liga musim ini akan dibatalkan secara total?

TalkSPORT melaporkan bahawa, Premier League kini ada beberapa alternatif lain untuk menangani isu ini.

Antaranya adalah memendekkan musim liga 2019/20. Jika ini berlaku, Liverpool akan diberikan terus kejuaraan, berdasarkan kedudukan semasa The Reds berada 25 mata di atas Man City.

Sementara itu Lees United dan West Brom bakal dipromosikan ke Liga Perdana Inggeris dari Liga Championship.

Perlawanan top-flight di England telah digantung sehingga 4 April pada awalnya, tetapi dikhuatiri kempen itu tidak boleh disambung semula kerana pandemik yang semakin teruk.

Liverpool berpotensi menjadi juara tanpa perlu turun lagi bermain. Perkara itu seperti yang dipersetujui dalam mesyuarat tergempar oleh Premier League pada Sabtu lalu.

Di mana Telegraph telah mendedahkan rancangan berani dan kontroversi itu bakal diperkenalkan.

Menurut laporan, terdapat beberapa pihak juga yang kurang setuju untuk menyerahkan gelaran liga pertama kepada Liverpool dalam 30 tahun.

Namun kedudukan Liverpool ketika ini sangat jauh iaitu 25 mata di atas pasukan lain. Dan hanya dibezakan 6 mata lagi untuk mengesahkan kejuaraan.

Ada juga yang mencadangkan bahawa musim ini tidak perlu ada penyingkiran. Jika itu berlaku, EPL jelas lebih akan mengekalkan pasukan di tangga ke-19 dan ke-20 pada hari liga ditamatkan awal (jika berlaku).

Jumlah ini akan ditambah dengan pasukan yang kini menduduki tangga pertama dan kedua dalam kempen Liga Championship iaitu Leeds dan West Brom.

Jadi musim hadapan terdapat 22 pasukan yang akan bersaing dalam EPL.

Jika ini berlaku, bermakna Leeds bakal merumput di Liga Perdana Inggeris buat pertama kali dalam  masa 17 tahun.

Cuma sekarang ini, Premier League masih mencari solusi untuk menentukan pasukan yang bakal bermain di Liga Juara Juar Eropah dan Liga Europa.

UEFA akan bermesyuarat pada hari Selasa untuk membincangkan situasi pertandingannya selepas ini, termasuk Kejuaraan Eropah pada musim panas ini.

UCL dan UEL juga digantung sementara.

Tiada peraturan khas yang berkaitan dengan situasi yang sedang berlaku hari ini.

Namun EPL boleh sedang berhadapan kemungkinan menghadapi  penggantungan terpanjang sejak Perang Dunia Kedua.

Pengerusi FA Greg Clarke dilaporkan memberitahu Liga Premier bahawa beliau tidak yakin musim domestik musim ini dapat diselesaikan kerana pandemik koronavirus.

Angka-angka terbaru menunjukkan 798 kes yang disahkan di UK, termasuk sebelas kematian, dan jabatan kesihatan di UK khuatir, ketika ini mungkin 10,000 jangkitan sedang berlaku tanpa diketahui.

Pengurus pasukan Arsenal, Mikel Arteta dan Chelsea, Callum Hudson-Odoi, kedua-duanya telah disahkan positif koronavirus. Dan kedua dua mereka sudah pun kembali pulih.

Apapun buat masa ini, sebagai penyokong Liverpool, aku rasa isu kesihatan lagi penting dari segala galanya. Bak kata Klopp semalam: Bola sepak ni bukan penting sangat pun.