Liga Juara Asia: JDT Mampu Jadi Kelab Terbaik Dari Asean

Ketika JDT menjulang Piala AFC pada tahun 2015, pasukan ini menjadi yang pertama dari Asean berjaya melakukannya.

Malahan pasukan tunggal dari rantau ini mara ke perlawanan akhir dalam sejarah Piala AFC.

Pada tahun sebelumnya Persipura Jayapura (Indonesia) mara ke separuh akhir namun dibelasah teruk oleh Al-Qadsia dari Kuwait dengan agregat 10-2.

Sebelum 2015, 6 pasukan dari Asean berjaya mara ke separuh akhir. Kejayaan JDT memadam kesemua pencapaian tersebut.

Geylang United, Home United (2004), Binh Duong (2009), Muangthong United (2010), Chonburi (2012) dan Persipura Jayapura (2014).

Selepas 2015 terdapat 2 lagi kemaraan separuh akhir dilakukan oleh JDT dan Hanoi, tetapi ia bukan lagi satu pencapaian.

JDT sudah menjadi pasukan terbaik dari Asean dalam pertandingan ke-2 tertinggi di Asia.

JDT dalam kelas pertama Piala Kelab Asia

Di pertandingan Liga Juara Asia, masih tidak banyak pencapaian yang dilakukan oleh pasukan dari Asean.

Hanya 4 pencapaian besar dicatatkan sejak pertandingan ini dijenamakan semula pada tahun 2003.

BEC Tero Sasana mara ke perlawanan akhir pada edisi pertama selepas dijenamakan. Selepas itu format pertandingan berubah 2 kali.

2004 diwujudkan pusingan suku akhir dan pada tahun 2009, Liga Juara Asia mempunyai pusingan 16. Pertandingan menjadi semakin besar dan mencabar. Jumlah pasukan meningkat kepada 32 dari hanya 16.

Kejayaan pertama adalah melalui BEC Tero Sasana pada format yang tidak mencabar dan belum melibatkan kesemua pasukan terbaik di Asia.

Kelab ini sekarang dipanggil Police Tero selepas bergabung, pasukan yang disertai Dominic Tan.

Buriram United 2013

Ia bermula dengan kebangkitan Buriram United dalam kancah domestik pada tahun 2011. Menjadi kelab pertama meraih treble apabila menjuarai Thai League 1, Piala FA dan Piala Liga.

Kelab ini mendominasi kejuaraan Thai League 1 5 kali dari 6 musim, juara musim 2013, 2014, 2015, 2017 dan 2018.

Layak ke Liga Juara Asia 2013 atas slot juara Piala FA 2012. Berada di kumpulan E bersama kelab dari Jepun (Vegalta Sendai), Korea Selatan (FC Seoul) dan China (Jiangsu Suning).

Buriram melakukan kejutan lolos ke peringkat kalah mati. Kali pertama sejak BEC Tero lakukan dalam format yang lebih kecil.

Seterusnya menewaskan Bunyodkor dari Uzbekistan sebelum tewas kepada Esteglal (Iran) di peringkat suku akhir.

Theerathon Bunmanthan menjadi sebahagian dari sejarah yang dilakar Buriram (2013) dan Muangthong (2017). Malah berjaya meraih kejayaan di J.League bersama Yokohama F. Marinos

Sehingga kini ia menjadi pencapaian terbaik pasukan dari Asean di Liga Juara Asia. Ia dilakukan ketika kelab ini menguasai kancah domestiknya.

Muangthong United 2017

Muangthong United hanya tewas sekali pada 6 perlawanan peringkat kumpulan, bagaimanapun gagal meneruskan kecemerlangan tersebut apabila dibelasah Kawasaki Frontale 2-7 secara agregat di pusingan ke-2.

Selepas melalui musim yang baik di Liga Juara Asia, 3 pemain dari kelab ini berjaya melangkah ke liga yang baik.

Teerasil Dangda ke Sanfrence Hiroshima, Teerathon Bunmanthan ke Vissel Kobe dan Kawin Tamsatchanan ke kelab Belgium, Oh Leuven.

Setahun selepas itu giliran Chanatip Songkrasin menarik minat Consadole Sapporo.

Ketiga-tiga pemain ini akhirnya berjaya di J.League apabila Dangda menjadi sebahagian pemain penting Sanfrence Hiroshima meraih tempat ke-2 liga dan pada musim lepas Bunmanthan menjulang kejuaraan J.League bersama Yokohama F. Marinos.

Songkrasin pula sudah menjadi pemain utama Consadole Sapporo apabila tampil 49 kali dari 60 di J.League sejak 2 musim lepas.

Kejayaan terbesar Muangthong United adalah berjaya ‘memberi’ pemain terbaiknya ke J.League. Chanathip, Dangda dan Theerathon

Kejayaan pemain-pemain Thailand di Jepun bermula dari pencapaian Muangthong United di Liga Juara Asia 2017 terutamanya prestasinya di peringkat kumpulan.

Buriram United 2018

Apabila Buriram sekali lagi melepasi peringkat kumpulan, ia tidak mengejutkan. 2012-2018 merupakan satu tempoh dimana kelab ini cukup kuat dalam kancah domestiknya.

Malahan Buriram United sudah selangkah ke suku akhir apabila berjaya menewaskan Jeonbuk Hyundai Motors 3-2 di Chang Arena tetapi tewas di Jeonju 0-2.

Signifikan yang dilakukan Muangthong United masih belum dapat dilakukan Buriram United iaitu mengeksport pemain ke luar negara.

Bagaimanapun skuad ini mempunyai Supachai Jaided, Ratthanakorn Maikami, Supachok Sarachat dan Suphanat Muenta.

Kesemuanya masih berusia bawah 23 tahun tetapi sudah menjadi pemain regular sejak beberapa musim lepas dan mungkin menjadi kumpulan ke-2 ke luar negara dalam tempoh 2-3 tahun ke hadapan.

Bagaimana JDT boleh memecah 3 pencapaian ini

Pertama, Ciri-ciri yang ada pada JDT adalah menguasai saingan domestik. Itu yang dilakukan Buriram United.

Pencapaian panjang di domestik akan memberi impak di pentas Liga Juara Asia. Itu yang ditunjukkan oleh Buriram United.

Kini JDT sudah mendominasi 6 kali kejuaraan Liga Super Malaysia secara berturut-turut. Impak dari prestasi ini akan muncul di pentas tertinggi Asia.

Kedua, JDT juga sudah mencapai puncak di Piala AFC. Buriram United dan Muangthong United tidak.

Dalam tempoh beberapa musim lagi sudah pasti JDT akan menyamai pencapaian Muangthong United (suku akhir). Atau mungkin lebih baik.

Signifikan Buriram dan Muangthong. Kita mahu kedua-duanya ada pada JDT

Buriram United mengangkat kualiti pasukan Asean di pentas Asia. Muangthong United cukup signifikan mengubah perpektif Jepun terhadap pemain negara itu selepas kejayaan 3 pemain disana.

JDT bercita-cita besar, Safawi bercita-cita besar. Mungkin suatu hari nanti kita akan menyaksikan JDT menjadi yang terbaik dari Asean dan Safawi ke Liga lebih tinggi

Sebagai peminat bola sepak tanah air sudah pasti kita mahu melihat kedua-dua perkara tersebut dapat dilakukan oleh JDT.

Melihat kepada perkembangan JDT yang tidak pernah surut, kita percaya ia akan berjaya dilakukan oleh pasukan ini.

Berjaya melakukan pencapaian terbaik di Asia, berjaya menghantar pemain ke luar negara.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai